Followers

Tuesday, May 18, 2010

Siapa kata tak boleh......?

Ahad, 16 Mei 2010 bersamaan Hari Guru, berlangsung satu lagi perhimpunan mingguan. Seperti biasa, guru menyampaikan laporan mingguan dan amanat. Dan sebelum berakhirnya perhimpunan berkenaan, suatu majlis penyampaian hadia UBB2 telah diadakan.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah , " Siapa kata kita tidak boleh cemerlang dalam kedua-dua bidang, Kurikulum dan Kokurikulum?"

Buktinya, 2 atlit SK Demit 2 yang merangkul anugerah olahragawan dan olahragawati dalam sukan tahunan baru-baru ini merupakan 2 murid yang juga berjaya mendapat keputusan 5A dalam UBB2 hari ini.

Tahniah.

Hazrul Naim menayangkan sampul yang berisi wang yang diperolehinya buat kali ke 2 sumbangan Kedai Sekolah sambil diperhatikan oleh Nur Alifah Mujahid. Kedua-duanya menerima RM20 seorang sebagai penyandang 5A.

4 comments:

  1. tahniah2..! memang boleh nk jadi cemerlang dalam aper jua bidang.. yang penting kiter TAHU,MAHU dan MAMPU... huk3~~ keep it up... tolong kawan2 plak.. jangan pentingkn dri sendiri.. study group mesti.. b3lajar brsamo2, berjaya pm samo2, pahtu guru besar senyum sokmo.. tahniah etep ko ckgu2..

    ReplyDelete
  2. Tentu sekali. Tahniah buat anda juga. Semoga cita-cita untuk jadi Doktor akan termakbul. IsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. naim, pernah main bola baling kan? tahniah dapat 5A.. bila nak datang sekolah demit 1 pulak..??

    drpada:pemain bola baling perempaun sek keb demit 1

    ReplyDelete
  4. Ya.... dia memang main bola baling. Eh.... ada apa-apa ke ni?

    ReplyDelete