Followers

Wednesday, April 28, 2010

Temasya Sukan Tahunan kali ke 5


Hari ini, 28 April 2010, berlangsunglah Temasya Sukan kali ke 5. Temasya sukan kali ini mempertaruhkan 32 acara kesemuanya yang melibatkan semua murid dari Kelas Pra-Sekolah, Kelas Pendidikan Khas, Murid tahun 1 hingga 6, guru-guru sehinggalah acara yang melibatkan ibubapa.






Kemeriahan sukan kali ini diserikan lagi dengan perarakan kontigen yang mengambil bahagian. Perarakan penuh warna-warni ini dipertandingkan sejajar dengan tema mempertandingkan semua acara termasuk khemah cantik dan lain-lain lagi.
Kehadiran Yang DiPertua PIBG, Encik Moh Bakery b Mamat dalam memberikan perangsang kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian telah menyerikan lagi suasana.
Temasya Sukan kali ini memperlihatkan kesungguhan dan kemampuan murid yang agak luarbiasa.

Rumah Merah (Satria) telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya kali ini manakala Rumah Biru (Waja) sebagai Naib Johan.

Hazrul Naim b Hashim dan Nurul Alifah b Mujahid pula dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kejohanan untuk kali ini. Untuk makluman, kedua-duanya adalah dari Rumah Biru. Apa yang pasti, rumah Biru amat menonjol dalam sukan kali ini. Tahniah kepada Guru-guru yang memimpin Rumah guru terutama Cikgu Mohd Zin b Daud




Monday, April 26, 2010

Acara Saringan.....






Menjelang Temasya Sukan Tahunan kali ke 5 SK demit 2, beberapa acara saringan telah berlangsung terlebih dahulu pada 26hb April, 2010. Acara-acara yang terlibat ialah Lompat Jauh, Lompat Tinggi dan lontar peluru.

Yang hebatnya ialah, demi semangat sukan yang tinggi... peserta-peserta ini melakukannya meskipun waktu itu hujan dah mula turun. Hujan rahmat..... selepas berbulan lamanya cuaca kering dan panas.

Ummmmmph....... sampai terkentut aku.

Wednesday, April 21, 2010

Rentas Desa 2010









Tepat jam 8.30 pagi, Khamis 22 April, 2010 Guru Besar SK Demit 2, Pn Hjh Rosmayati Hamat telah melepaskan peserta-peserta Kejohanan Merentas Desa 2010. Kejohanan kali ini diadakan dalam 4 kategori iaitu Lelaki A dan B serta Perempuan A dan B. Laluan merentas desa kali ini juga adalah agak dekat berbanding dengan tahun-tahun yang lepas memandangkan keadaan cuaca yang agak panas dan untuk mengelakkan peserta terlalu letih.

Keputusan rasmi, pasukan Satria (Merah) mengungguli keempat-empat kategori yang dipertandingkan.
Yeah..... Merah Pasti Juara.

Guru Besar terpaksa berada di padang untuk mengelakkan rempuhan dari peserta-peserta yang tidak sabar untuk memecut.

Peserta-peserta memulakan larian sebaik sahaja siren dibunyikan oleh Guru Besar SKD2.

Peserta-peserta yang berjaya mendaftarkan diri di meja pencatat keputusan.

Saturday, April 17, 2010

UBB2 April 2010





Ujian Bulanan Berkala (UBB) yang ke 2 April 2010 akan menjelang tiba seawal lusa... Isnin 19 April hingga 21 April, 2010. Ujian kali ini dijangka akan menjadi "buruan sengit" terutama kepada murid tahun 6 kerana habuan RM20 kepada sesiapa sahaja yang mencapai keputusan straight 5A.

Kedai Sekolah SK Demit 2 telah bersetuju menaja "habuan" berkenaan kepada semua calon UPSR yang berjaya.

Bukan itu saja, penyampaian hadiah untuk kecemerlangan kali ini dijangka akan diadakan bersempena Mesyuarat Agung PIBG nanti pada bulan Mei, 2010. Bermakna, ibubapa mereka akan dapat melihat saat mereka menerima hadiah.

Jadikan ini sebagai suatu perangsang dan berusahalah bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan yang pasti.


Jadual ujian UBB2 bagi Tahap (Tahun 1,2 dan 3)

Jadual ujian UBB2 bagi tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Thursday, April 15, 2010

Sukantara Fasa 2



Sukantara SK Demit 2 sudah masuk kepada fasa 2 iaitu fasa terakhir begi persiapan untuk Kejohanan Sukan Tahunan 2010 nanti. Acara yang dipertandingkan ialah Lompat jauh kategori A (tahun 5 dan 6) lelaki dan perempuan serta Lompat jauh kategori B (Tahun 3 dan 4) lelaki dan perempuan.

Semua murid tahun 3 hingga 6 adalah diwajibkan mengambil bahagian dalam acara yang berkenaan. Atlet yang berjaya melepasi tahap yang ditentukan oleh panel pertandingan akan memperolehi mata bagi pasukan masing-masing. Jumlah mata akan dikira dan dicampurkan dengan pencapaian tiap pasukan semasa kejohanan sukan tahunan nanti bagi penentuan Juara Keseluruhan Kejohanan.

Fuh...... caya la. SK Demit 2 memang boleh.

Tuesday, April 13, 2010

Gosok... Jangan Tak Gosok...



Hari ini, 14 April 2010 telah berlangsung acara ' gosok gigi beramai-ramai'.

Menggosok gigi adalah amat penting kepada kita kerana dengan menggosok gigi, kita bukan hanya mengamalkan cara hidup yang sihat malah ia adalah tuntutan agama.
Menggosok gigi bukan pula hanya semberono sahaja tetapi kaedahnya mestilah betul.
Sebenarnya, acara tersebut ialah ceramah dan praktikal cara menggosok gigi yang betul. Acara ini telah dilangsungkan dengan kerjasama oleh jururawat-jururawat dari HUSM.

Seorang jururawat dari HUSM menunjukkan cara dan kaedah menggosok gigi yang betul. Gosok... gosok.... sampai berkilat....

Pemantauan dari PKG


Semalam, 13 April 2010, suatu pemantauan telah dibuat oleh pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tapang diketuai oleh En Mohd Dasuki b Mat Daud, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Tapang. Mereka membuat pemantauan terhadap 3 aspek utama iaitu Pusat Sumber Sekolah (PSS), Makmal Komputer dan ICT serta PPSMI.

Mereka mengambil masa yang agak lama untuk berada di SK Demit 2 iaitu dari jam 9.30 pg hingga 1.30 ptg. Pemantauan yang menyeluruh itu lebih kepada menawarkan Khidmat Bantu begi merealisasikan kemahuan dan harapan bersama.

Aspek-aspek pemantauan adalah sebagaimana berikut;

1. Pusat Sumber sekolah

2. Pelaksanaan School Net

3. Penggunaan dan Keberkesanan Bahan Pelbagai Media P & P

4. Pemasangan dan Pelaksanaan Pusat Akses sekolah

5. Pelaksanaan Edu Web

6. Penggunaan Makmal Komputer sekolah

7. Memantau aktiviti PPSMI.

Di akhir pemantauan itu, 3 laporan telah dibentangkan dan salah satunya adalah sebagaimana gambar di atas.

Sunday, April 11, 2010

Berita Gempar...


Wajah SK Demit 2 telah diabadikan oleh sebuah majalah antarabangsa iaitu HOUSE AND HOME, America's premier home and family magazine. Majalah yang diterbitkan di Amerika ini nyata kagum dengan keindahan senibina SK demit 2 yang dianggap mereka sebagai, " One of the Kind".


Meskipun begitu, ini hanyalah salah satu dari kecanggihan dunia cyber. Saya hanya mengadaptasikan gambar SK Demit 2 kedalam Mag my picture. Program ini direka begitu eksklusif agar kita dapat melihat gambar yang kita ingini untuk berada di mana sahaja di dunia ini bahkan di dalam majalah sekalipun sebagaimana yang telah saya lakukan terhadap gambar SK Demit 2 ini.


Untuk mencuba, log in ke http://www.magmypic.com/

Selamat Mencuba.

Assembly




Perhimpunan hari ini, ahad 11 april merupakan perhimpunan terakhir di SK Demit 2 buat 5 orang guru pelatih dari IPG kampus Kota Bharu. Merekan hanya akan berada di sini sehingga hujung minggu ini. Kami warga SK Demit 2 merasakan tidak terbalas jasa dan bakti mereka selama berada di sini. Meskipun begitu, cenderahati yang di beri bukanlah untuk membalas jasa mereka, cuma ianya skadar tanda ingatan yang tulus ikhlas dari kami untuk mereka.


Dalam majlis yang sama juga, pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan melukis dan mewarna poster semasa program AADK baru-baru ini menerima hadiah masing-masing dari Puan guru Besar.

Friday, April 9, 2010

Kursus sehari Pasukan Badan Beruniform






Suatu program yang diberi nama Kursus Sehari Unit Pasukan Beruniform SK Demit 2 telah berlangsung selama 1 hari pada hari ini, Sabtu 10 April, 2010. Kursus yang julung kali diadakan ini adalah sebagai suatu persediaan kepada murid tahun 4, 5 dan 6 dalam menghadapi Perkhemahan Agung tahunan yang bakal diadakan pada akhir September nanti.


Di dalam kursus ini, peserta telah didedahkan tentang segala aspek yang perlu mereka tahu dalam selok elok berpersatuan. Ini termasuklah penyediaan Buku Log pasukan dan diri, sistem fail persatuan, aktiviti-aktiviti yang sepatutnya mereka tahu dan lain-lain lagi.

Sekalung penghargaan kepada semua guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program ini. Penghargaan juga kepada guru-guru pelatih dari IPG Kampus Kota Bharu yang banyak menolong dan dalam memberikan idea sehingga tercapai segala maksud program ini.

Thursday, April 8, 2010

Program Penjagaan Keselamatan Diri Kanak-Kanak



Unit Bimbingan dan kaunseling sekali lagi menjadi penaja kepada suatu program. Kali ini dengan kerjasama dari LPPKN, Program Penjagaan Keselamatan Diri Kanak-kanak (Badan Saya Istimewa) dapat direalisasikan.

Program ini menitikberatkan keselamatan kanak-kanak seharian dari pencabulan yang tidak bermoral. Banyak tips-tips untuk mengelak dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Pegawai dari LPPKN dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator berusaha untuk menyelami ke alam hati nurani dan perasaan murid-murid tahun 6 dan bertanya serta ditanya soalan-soalan yang memberikan persepsi baru tentang pentingnya menjaga tubuh badan mereka dari di sentuh dan dicabul.


Fasilitator berbincang dengan murid tahun 6 tentang keselamatan diri.

Sukantara





Sukantara antara murid bagi persediaan untuk Sukan Tahunan SK Demit 2 telahpun diadakan pada hari rabu, 7 April, 2010 pada jam 4.00 petang. 3 acara telah dipertandingkan untuk diambil mata bagi setiap rumah sukan iaitu Lari pecut 100 meter, 200 meter dan lompat jauh. Meskipun acara berkenaan telah melewati jam 6.30 petang, namun acara lompat jauh tidak sempat diadakan. Untuk itu, acara lompat jauh akan diadakan pada hari rabu berikutnya, iaitu pada 14 April 2010.


Panas tidak menghalang murid-murid berkumpul di tepi padang bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Apa nak dikata. Cuma, jika kita komited atas kewajipan menghadirkan diri ke padang, meskipun panas terik.... maka beginipun dah kira baguih...... Syabas teacher Koh. You are the best.

Sunday, April 4, 2010

Bolatampar QITPC

Meskipun SK Demit 2 kerap tewas dalam setiap acara sukan yang disertai, namun semangat juang yang ada pada murid-muridnya tidak pernah pudar. Ini terbukti dengan penyertaan mereka yang terkini dalam kejohanan bolatampar QIT Pengkalan Chepa yang telah berlangsung selama 2 hari bermula sabtu di SK Tanjung Mas pada 3 April, 2010.

Pasukan Bolatampar SK Demit 2 bergambar kenangan bersama guru penasihat sebelum bertolak ke SK Tanjung Mas.

Majlis Penyampaian Hadiah


Ahad, 4 April, 2010 telah berlangsung majlis penyampaian hadiah UBB1 Febuari, 2010. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Penolong Kanan 1 Cikgu Mohd Suhaimi b Abdullah.

Seramai 17 murid menduduki tempat pertama, 17 lagi tempat kedua dan 16 lainnya ditempat ketiga. Kemuncak darinya ialah penyampaian anugerah pencapaian cemerlang RM20.00 dan lencana 5A yang untuk Mohd Hazrul Naim serta lencana 4A kepada Nur Alifah Mujahid dan Ammar Bakery.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Kedai Sekolah yang telah menaja semua hadiah berjumlah RM220.00. jazakallahu-khairan-katsira.