Followers

Tuesday, July 30, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SK Demit 2. Maaf Zahir dan Batin. Sekolah akan mula bercuti pada 2 Ogos hingga 17 Ogos, 2013. Sepanjang cuti raya ini, semua murid2 dinasihatkan menjaga kesihatan dan keselamatan masing2 dan hindari mercun kerana ianya sangat berbahaya. Sambutlah Raya tahun ini dengan gembiran dan penuh keberkatan. Amin.


Sunday, July 21, 2013

Puasa.... Zakat.... Hari Raya

Ahad, 21 Julai 2013 bersamaan 12 Ramadhan 1434H, berlangsung satu majlis pembahagian zakat oleh Bank Rakyat Cawangan Wakaf Che Yeh kepada 206 orang murid miskin dan anak yatim di SK Demit 2. Semua pelajar yang terpilih merupakan murid tahun 1 hingga 6 SK Demit 2. Semua murid berkenaan menerima RM100 seorang. Ianya melibatkan perintukan sebanyak RM 20 600.00.

Kami warga SK Demit 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Bank Rakyat Cawangan Wakaf Che Yeh, En Khairuddin yang sama-sama menyampaikan wang zakat berkenaan.



 Taklimat Personal Loan dari Pegawai Bank Rakyat

Guru-guru sedang tekun mendengar taklimat penting dari Bank Rakyat

Sunday, July 7, 2013

VLE ooooooo VLE....

Bengkel VLE FROG yang begitu mencabar minda dan keringat........
Kursus @ Bengkel selama 2 hari bersama Cikgu Azfaizal amat memenatkan. Apatah lagi menjangkau masa ke petang. Namun, yang lebih mencabar ialah bilamana segalanya terpaksa dikongsi bersama semua guru dan murid dalam In-house training.......





Azfaizal punya Site......

Lepas ni semua guru kena ada ..........