Followers

Saturday, September 28, 2013

In House Training : VLE FROG

Sekejap tadi telah berlangsung in-house training Frog VLE untuk semua guru SK Demit 2. Nah, baru tahu siapa boleh lompat tiunggi dan siapa pula sekadar melompat rendah. Apa-apa pun, kursus dari jam 8.00 am hingga 12.30 pm nampak telah membuka minda para guru untuk menjadi lebih baik dalam dunia ICT.





Friday, September 20, 2013

Program Penutup

Majlis penutup Program Kemerdekaan SK Demit 2 telah selamat dilangsungkan hari ini dengan acara Pertandingan Basikal Berhias. Sebanyak 12 buah basikal mengambil bahagian dalam acara ini. Hadiah pertama bernilai RM50, kedua RM30, ketiga RM20, keempat RM10 dan saguhati RM5. Semua penyertaan mendapat hadiah.





Acara seterusnya ialah Acara Sukaneka yang berlangsung di Padang. Semua acara ditamatkan seawal jam 12 tengahari kerana cuaca yang agak panas. Acara penyampaian hadiah pula dilangsungkan di Laman Bestari. Majulah sukan untuk SK Demit 2.










Monday, September 9, 2013

Selamat Berjuang.....

Selamat berjuang kepada calon2 UPSR SK Demit 2 seramai 81 orang yang akan mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang bermula hari ini 10 hb September 2013 hingga 12 September, 2013. Harapan kami warga SK Demit 2, agar anda semua berjaya dengan cemerlang. Semoga 5A dalam tangan anda semua. Amin.

Majlis Serah Ilmu

Suatu Majlis yang dinamakan Majlis Serah Ilmu telah berlangsung pada pagi Ahad, 8 September 2013 bertempat di Laman Bestari SK Demit 2. Adapun tujuan majlis ini diadakan ialah sebagai simbolik bagi guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan selama ini kepada murid2 calon UPSR 2013.  Semoga segala kejayaan adalah milik anda semua jua. Amin.






Ikhtiar Terakhir....

Belajar dah hampir 7 tahun dari sejak TADIKA/PRA. Tuisyen dah beribu habis pitis. Buku dah habis khatam. Jadi sebagai ikhtiar terakhir, suatu majlis solat hajat perdana telah diadakan pada malam jumaat, 5 September 2013. Semoga majlis ini mendapat rahmat dari Allah yang Maha Esa. Amin. %a pasti dalam tangan.





Tuesday, September 3, 2013

MERDEKA !

Acara simbolik melepaskan 2 ekor merpati putih oleh Puan Guru Besar tanda negara merdeka......