Followers

Friday, September 20, 2013

Program Penutup

Majlis penutup Program Kemerdekaan SK Demit 2 telah selamat dilangsungkan hari ini dengan acara Pertandingan Basikal Berhias. Sebanyak 12 buah basikal mengambil bahagian dalam acara ini. Hadiah pertama bernilai RM50, kedua RM30, ketiga RM20, keempat RM10 dan saguhati RM5. Semua penyertaan mendapat hadiah.





Acara seterusnya ialah Acara Sukaneka yang berlangsung di Padang. Semua acara ditamatkan seawal jam 12 tengahari kerana cuaca yang agak panas. Acara penyampaian hadiah pula dilangsungkan di Laman Bestari. Majulah sukan untuk SK Demit 2.










No comments:

Post a Comment