Followers

Sunday, February 28, 2010

PERGILAH BERJUANG!

Hari ini, tanggal 28 Febuari, 2010, Pasukan sepaktakraw SK Demit 2 akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Sepaktakraw QIT Pengkalan Chepa yang berlangsung di SK Sri Cempaka, Kota Bharu. Harapan kami, warga SK Demit 2 agar Pasukan Sepaktakraw ini berjuang bersungguh-sungguh dan kembali dengan kejayaan.
Pasukan Sepaktakraw SK Demit 2 bergambar kenangan bersama Jurulatih mereka, Cikgu Mohd Zin b Daud sebelum bertolak menggalas harapan Sekolah Kebangsaan Demit 2 untuk menggapai sebuah kejayaan.

KERJA LEBIH........?



Selama 3 hari bermula 22/2/2010 saya dan Cikgu Shahriman bertungkus lumus untuk memastikan semua PC dalam makmal komputer SK Demit 2 berfungsi dan online. Proses menamakan semula setiap PC, mengisi nombor IP, Gateway dan lain-lainnya dilakukan dengan penuh berhati-hati demi mengelakkan berlakunya kesilapan. Bukan sahaja itu, kami juga perlu melengkapkan semua PC dalam makmal komputer berjumlah 42 buah itu dengan Program Antivirus Karspersky 6.0 yang baru.
Melakukan kerja yang sebegitu pada waktu persekolahan adalah hampir mustahil untuk direalisasikan. Mengadap 42 unit PC setiap hari menyebabkan kami amat letih. Sesungguhnya, jika tidak kerana tugas yang perlu diselesaikan segera, dan demi anak bangsa yang begitu dahagakan ilmu ICT ini, tidaklah kami bersengkang mata melakukannya.
Terima kasih kepada Cikgu Shahriman yang banyak membantu saya. Tidak terdaya untuk saya melakukannya seorang diri.

Sunday, February 21, 2010

Musim periksa dah datang lagi...


Ujian UBB1 February, 2010 sudah tiba. Sepanjang 2 bulan murid belajar, tibalah masa untuk kita uji mereka samada mereka betul faham apa yang diajar di sekolah ataupun guru terpaksa menukar strategi mengajar jika mereka kurang faham. Segalanya mungkin. Apa yang diharapkan oleh pihak guru ialah kejayaan dan kecemerlangan anak didik mereka.

Seperkara lagi, sebagai motivasi kepada calon-calon UPSR 2010, pihak Kedai Sekolah akan menyumbangkan RM20 kepada setiap murid tahun 6 yang berjaya mendapat 5A dalam setiap UBB. Ini bermakna, jika mereka mendapat 5A dalam setiap UBB (Semuanya ada 5 UBB), maka mereka bakal memperolehi RM20 x 5 UBB = RM100. Wow.....

Jadi, berusahalah bersungguh-sungguh demi kejayaan anda.

Lagi 'Mercu Tanda' in making.....


Guru-guru di SK Demit 2 ni penuh inovatif dan mempunyai inisiatif untuk melihat sekolah ini berada dalam suasana yang kondusif. Nah, anda boleh lihat sendiri betapa inovatifnya guru PIPK (Program Integrasi Pendidikan Khas). Mereka sedang membina kolam ikan air tawar untuk menghidupkan suasana yang nyaman selaras hasrat kerajaan kearah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

MERCU TANDA



Menghayati sesuatu fenomena adalah amat mengasyikkan. Namun, dalam kita menghayati situasi itu, pastinya ada sesuatu yang bisa menggamit perhatian.

Jika anda berkesempatan ke SK Demit 2 sekarang, anda akan dapat melihat sebuah mercu tanda baru (kalau boleh kita panggil mercu tanda). Ia adalah sebuah 'rostrum' yang baru saja disiapkan. (lihat gambar).
Rostrum ini telah dibina hasil sumbangan dari seseorang yang prihatin tentang sekolah dan guru-gurunya. Ianya telah dibina pada akhir tahun 2009 lagi dan siap pada bulan febuari, 2010.

Terima kasih daun keladi, tahun ni sumbangkanlah lagi....






Saturday, February 13, 2010

Amboi....



Amboi.... manis-manis semuanya guru-guru wanita SK Demit 2. Dengan baju batek rasmi SK Demit 2 yang baru pertama kali dipakai, tahun 2010 pasti akan lebih meriah. Baju Batek rasmi ini bukan sekadar batek malah ianya melambangkan satu hati dan kesepaduan jiwa dan perasaan dalam mendidik anak bangsa.


Pemakaian batek seragam ini telah dicetuskan ideanya pada tahun 2008 lagi dan hanya di akhir tahun 2009 sahaja ianya dapat direalisasikan. Dan tahun ini, 2010 ianya sudah menjadi kenyataan.

Jika ada orang bertanya, bolehkah SK Demit 2 menggapai impiannya untuk kegemilangan. Jawabnya, SKD2 pasti boleh.

Cantikkk........................

Dan yang paling penting pada mana-mana majlis ialah Pengerusi Majlis. SK Demit 2 ada 2 orang guru yang bersuara lemak merdu. Time majlis cam ni, takde le orang lain yang dapat ambil alih. Tak lain dan tak bukan mereka ialah Cikgu Norra dan Cikgu Din. Tengok la... sedondon kan.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SKD2

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Demit 2 telah berlangsung pada 11 Febuari, 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh YS Cif Inspektor Rostam bin Ayob, Ketua Polis Balai Pengkalan Chepa.
Pada tahun ini, pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas telah memecahkan tradisi. Tahun 2010 menyaksikan 2 Ketua Pengawas dan 2 Penolong Ketua Pengawas dilantik. Ketua Pengawas SK Demit 2 untuk tahun 2010 ialah Ariff Najmi (6G) manakala penolongnya ialah Mohamed Akmal Mirza b Mohd Tarmizi (6G). Bagi Ketua Pengawas Perempuan pula, Alesa Adlyana (6G) menyandangnya dan penolongnya pula ialah Nurul Shazwin (6G).



















Majlis Penyampaian Watikah ini juga menyaksikan pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas PSS serta Ketua dan Penolong Ketua Darjah.
Dalam ucapan perasmian tersebut, Cif Inspektor Rostam ada menyatakan tentang pentingnya disiplin dalam memastikan murid kearah kecemerlangan dan kegemilangan pelajaran masing-masing. Untuk itu, sekolah berperanan memupuk disiplin yang utuh jika mahu mencapai kecemerlangan.
Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan ikrar Pengawas oleh Ketua Pengawas SK Demit 2 tahun 2010 iaitu Ariff Najmi dan diikuti oleh semua Pengawas Sekolah, PSS, Ketua dan penolong Ketua Darjah.

Di majlis yang sama juga, 3 dari 4 guru SK Demit 2 yang beragama Budha telah diraikan dengan pemberian hamper Gong Xi Fa Cai. Mereka ialah Mr Leh Wee Eng, isterinya Mdm Lee Siew Cai, Pn Tan Nguk Wei dan Miss Koh Bee Tin (Tidak hadir).




Alu-aluan dari Guru Besar

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Alhamdulillah, Syukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya, Laman Blog SK Demit 2 telah dapat direalisasikan buat pertama kalinya. Saya sebagai Guru Besar SK Demit 2 berasa sungguh berbesar hati dan gembira dengan kejayaan ini dan pada waktu yang sama amat berharap agar Laman Blog ini dapat dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Laman Blog sebegini merupakan satu saluran infomasi terkini yang boleh merakamkan segala peristiwa yang berlaku di SK Demit 2 sepanjang masa. Dengan adanya Laman Blog ini, ibubapa dan guru akan dapat mengakses info-info penting bagi mengetahui dan memantau proses pembelajaran anak-anak mereka selama mereka berada di sekolah ini sepanjang 2010. Bagi ibubapa yang sememangnya telah mahir dan biasa dalam penggunaan internet dan faham fungsi sesebuah Laman Web, Laman Blog ini adalah alternatifnya. Mereka rasanya dapat memanfaatkan Laman Blog ini sepertimana fungsi sebuah Laman Web.
Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pembinaan Laman Blog ini dan harapan saya agar ianya dapat digunakan sebagai satu wadah dalam memodenkan dan merealisasikan dunia tanpa sempadan antara hubungan ibubapa, masyarakat dan warga SK Demit 2, insyaAllah.

MENJANA GENERASI GEMILANG



Sekian, terima kasih.

SELAMAT DATANG





Assalamualaikum wbt


Selamat datang ke Laman Blog SK Demit 2. Laman Blog yang saya rasa boleh menjadi wadah perbincangan baik dikalangan guru-guru, murid-murid bahkan juga untuk ibu bapa penjaga. Manfaatkanlah Laman Blog SK Demit 2 ini demi kesejahteraan dan kejayaan kita bersama. Marilah sama-sama kita Menjana Generasi Gemilang.
Perkenalkan diri saya. Nama saya Md Razi b Hj Champelus. Sayalah orang yang bertanggungjawab merealisasikan Laman Blog ini. Jawatan saya disekolah ialah sebagai Penyelaras ICT yang mengajar 28 waktu dan bukannya Penyelaras Bestari yang hanya mengajar 8 waktu di sekolah. Selain menjadi Penyelaras ICT, saya ditugaskan untuk mengajar Matematik Tahun 6 Gemilang dan Tahun 4 Gemilang dan subjek PJK untuk 5 kelas. Saya juga Guru Kedai Sekolah.
Sekian untuk kali ini, terima kasih.