Followers

Saturday, February 13, 2010

Alu-aluan dari Guru Besar

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Alhamdulillah, Syukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya, Laman Blog SK Demit 2 telah dapat direalisasikan buat pertama kalinya. Saya sebagai Guru Besar SK Demit 2 berasa sungguh berbesar hati dan gembira dengan kejayaan ini dan pada waktu yang sama amat berharap agar Laman Blog ini dapat dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Laman Blog sebegini merupakan satu saluran infomasi terkini yang boleh merakamkan segala peristiwa yang berlaku di SK Demit 2 sepanjang masa. Dengan adanya Laman Blog ini, ibubapa dan guru akan dapat mengakses info-info penting bagi mengetahui dan memantau proses pembelajaran anak-anak mereka selama mereka berada di sekolah ini sepanjang 2010. Bagi ibubapa yang sememangnya telah mahir dan biasa dalam penggunaan internet dan faham fungsi sesebuah Laman Web, Laman Blog ini adalah alternatifnya. Mereka rasanya dapat memanfaatkan Laman Blog ini sepertimana fungsi sebuah Laman Web.
Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pembinaan Laman Blog ini dan harapan saya agar ianya dapat digunakan sebagai satu wadah dalam memodenkan dan merealisasikan dunia tanpa sempadan antara hubungan ibubapa, masyarakat dan warga SK Demit 2, insyaAllah.

MENJANA GENERASI GEMILANG



Sekian, terima kasih.

2 comments: