Followers

Sunday, June 27, 2010

UBB 3 Jun 2010

Ujian UBB yang ke 3 Jun, 2010 atau lebih sinonim dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung mulai esok, 28 Jun hingga 30 jun, 2010. Di bawah adalah jadual penuh peperiksaan berkenaan untuk makluman ibubapa penjaga masing-masing.

Friday, June 25, 2010

FACEBOOK..................


Lo ni, facebook amat popular di kalangan pelajar sekolah. Dan, sudah tentu pelajar SK Demit 2 tidak ketinggalan. Cuma, apa yang menjadi harapan saya ialah jangan keterlaluan dengan fb. Jadikan ia hanya sebagai wadah untuk bertukar-tukar fikiran disamping untuk 'release tension' jer. Pelajaran tetap diutamakan dan jangan terlalu leka.


Apakah dia Facebook? Mengikut kamus Wikipedia, the free encyclopedia :

Facebook is a social networking website launched in February 2004 and operated and privately owned by Facebook, Inc.[1] Users can add people as friends and send them messages, and update their personal profiles to notify friends about themselves. Additionally, users can join networks organized by workplace, school, or college. The website's name stems from the colloquial name of books given to students at the start of the academic year by university administrations in the US with the intention of helping students to get to know each other better. Anyone age 13 or older can become a Facebook user.

Facebook was founded by
Mark Zuckerberg with his college roommates and fellow computer science students Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz and Chris Hughes.[5] The website's membership was initially limited by the founders to Harvard students, but was expanded to other colleges in the Boston area, the Ivy League, and Stanford University. It later expanded further to include (potentially) any university student, then high school students, and, finally, to anyone aged 13 and over. The original concept for Facebook was borrowed from a product produced by Zuckerberg's prep school Phillips Exeter Academy, which for decades published and distributed a printed manual of all students and faculty, unofficially called the "face book". The website currently has more than 400 million active users worldwide.[

Thursday, June 24, 2010

Mandi......... jangan tak mandi...


Hari ini adalah hari yang amat bersejarah bagi calon-calon UPSR 2010. Sudah banyak cara yang telah dilakukan oleh pihak guru dan pentadbir SK Demit 2 untuk menaikkan prestasi mereka demi menghadapi UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi namun sehingga hari ini agak kurang keberhasilannya.

Kelas serambi, kelas hujung minggu, kelas malam bahkan kelas Skim Baucher Tuisyen telah berjalan tanpa henti, namun tampak seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dengan pencapaian mereka.

Jadi hari ini, selepas solat hajat mingguan, semua calon UPSR dimandikan dengan air solat hajat dan yasin dalam satu upacara yang boleh kita katakan sebagai 'mandi bunga' ' tolak bala'. Ustaz Yaziz dan PK HEM Hj Mohd Razi Jusoh mengambil peranan memandikan mereka sebagai tanda kesungguha pihak sekolah untuk mengubah sikap mereka agar berhijrah kearah yang lebih baik.

Lebih dari itu, peranan mereka untuk mengubah diri dan terus berjuang untuk mengejar impian dan kejayaan 5A dalam UPSR nanti. IsyaAllah.

Wednesday, June 23, 2010

Selamat Kembali ke Sekolah....

Dua minggu bercuti, maka tibalah masa untuk kembali ke sekolah. Dan...masa untuk mengemas. Ya, 2 minggu makmal komputer tidak beroperasi, debu dan tahi cicak merata-rata. Jadi sempena perjumpaan mingguan Kelab Komputer SK Demit 2 pada hari rabu, 23 Jun 2010, semua ahli bergotong-royong membersih makmal komputer dari kekotoran. Terima kasih kepada semua ahli atas segala usaha demi untuk berada dalam makmal yang bersih dan kondusif.


Friday, June 11, 2010

WAJAH BARU....

Wajah atau imej amat penting dalam penampilan seseorang. Begitulah rasanya buat Blog kesayangan kita ini. Wajah baru memungkinkan suasana yang lebih kondusif. Berlatarbelakang Bumi (Earth).... tampak blog SK Demit 2 ini lebih menarik. Betul tak?
Walau apapun, yang penting ialah pengisiannya. Mendidik anak bangsa kini bukan hanya sekadar agar mereka tahu tulis baca sahaja, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mereka menggunakan 'lebuhraya ilmu' untuk menuju kearah kegemilangan.

Friday, June 4, 2010

Cuti datang lagi


Hari ini bermulalah cuti sekolah selama 2 minggu. Maka sudah tentu banyak perancangan yang dibuat baik oleh ibubapa mahupun guru sekolah. Yang pasti bagi guru tahun 6, minggu ke 2 cuti akan dipenuhi dengan kelas tambahan dan kelas malam tidak terkecuali.

Sebelum cuti, murid2 telah dibekalkan dengan kerja rumah yang bukan sedikit. Menjadi harapan guru agar ibubapa dapat memantau kerja anak-anak mereka agar jangan terlalu leka semasa bercuti.

Sayugia diingatkan bahawa Ujian UBB3 atau Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun, 2010.

Akhir sekali, warga SK Demit 2 ingin mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Kembali ke sekolah pada 20 Jun nanti.