Followers

Thursday, June 24, 2010

Mandi......... jangan tak mandi...


Hari ini adalah hari yang amat bersejarah bagi calon-calon UPSR 2010. Sudah banyak cara yang telah dilakukan oleh pihak guru dan pentadbir SK Demit 2 untuk menaikkan prestasi mereka demi menghadapi UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi namun sehingga hari ini agak kurang keberhasilannya.

Kelas serambi, kelas hujung minggu, kelas malam bahkan kelas Skim Baucher Tuisyen telah berjalan tanpa henti, namun tampak seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dengan pencapaian mereka.

Jadi hari ini, selepas solat hajat mingguan, semua calon UPSR dimandikan dengan air solat hajat dan yasin dalam satu upacara yang boleh kita katakan sebagai 'mandi bunga' ' tolak bala'. Ustaz Yaziz dan PK HEM Hj Mohd Razi Jusoh mengambil peranan memandikan mereka sebagai tanda kesungguha pihak sekolah untuk mengubah sikap mereka agar berhijrah kearah yang lebih baik.

Lebih dari itu, peranan mereka untuk mengubah diri dan terus berjuang untuk mengejar impian dan kejayaan 5A dalam UPSR nanti. IsyaAllah.

No comments:

Post a Comment