Followers

Monday, March 28, 2011

Pertandingan Bola Baling QITPC


Tarikh : 28 Mac, 2011

Meskipun awan kelihatan akan mencurahkan hujan. Meskipun padang tampak berlumpur dek hujan yang kadang2 lebat sejak beberapa hari kebelangan ini, namun pertandingan ini tetap berlangsung dengan hebat sekali.



Pasukan SK Demit 2 (berbaju kuning) turun seawal jam 3.00 petang untuk perlawanan kedua menentang SK Dato' Hashim 2. Keputusannya...... anda pasti dah tahu.



SK Demit 2 rupa-rupanya mengungguli kedua-dua kategori dengan pasukan lelaki dan perempuan menjuarai pertandingan bolabaling kali ini.


Tahniah dan syabas buat semua ahli jawatankuasa pengelola pertandingan yang bertungkus lumus menyediakan padang walau dalam keadaan serba kekurangan.

Wednesday, March 23, 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011 dan hari Kantin


Tarikh : 10 Mac 2011

Khamis, sehari sebelum cuti pertengahan semester 1, Suatu majlis Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung. Buat pertama kalinya majlis kali ini menyaksikan kehadiran ibubapa penjaga yang diluar dugaan. Semua kerusi dipenuhi seawal 8.00 pagi lagi.

Apa yang menjadi kemungkinannya ialah kerana mesyuarat Agung PIBG kali ini diserikan dengan Hari Kantin yang diadakan serentak dengan penjualan kopon 'ala pasaria'.

Ibubapa mungkin teruja untuk hadir kerana masing-masing berbekalkan kopon tersebut. Majlis berlangsung dengan meriah sekali dan berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk Tabung PIBG sekolah.

Syabas diucapkan kepada guru-guru warga SKD2 atas kerjasama dan kejayaan dwi-majlis berkenaan.

Tuesday, March 22, 2011

Fire Drill


Tarikh : 7 Mac 2011

Demi kepentingan murid dan warga SK Demit 2, suatu Latihan Kecemasan Kebakaran telah diadakan di perkarangan SK Demit 2 baru-baru ini.

Latihan kali ini disertai oleh Pasukan Bomba Negeri Kelantan yang sudi untuk memberikan taklimat dan tatacara bagaimana untuk berdepan dengan kebakaran dan kemalangan. Satu demonstrasi telah berlangsung dan guru dan kakitangan sekolah mengambil kesempatan untuk mencuba memadamkan api dengan menggunakan 'fire-estinguisher'.

Murid juga dibenarkan untuk melihat peralatan menyelamat dan bertanyakan soalan kepada ahli bomba yang hadir.

Friday, March 18, 2011

Majlis Pemuafakatan Ibubapa Guru UPSR 2011

Tarikh : 3 Mac 2011

Suatu Majlis Pemuafakatan Ibubapa dan Guru bagi calon UPSR 2011 telah diadakan bertempat di Laman Bestari, SK Demit 2 baru-baru ini. Ramai Ibubapa Penjaga calon UPSR telah hadir memberikan impak bahawa mereka amat prihatin kepada pelajaran anak-anak mereka.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil



Tarikh : 28 Feb 2011

Suatu majlis penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan pada tarikh ini.

Mereka semua telah diiktirafkan sebagai barisan pemimpin kecil yang akan membantu pihak pengurusan sekolah dalam membentuk sahsiah diri dan disiplin murid keseluruhannya.

Majlis penyampaian watikah ini telah desempurnakan oleh En Nik Sazila b Nik Abdullah, Penolong PPD Kota Bharu (Penguruan Kemanusiaan) .

Majlis Perpisahan PK KO

Tarikh : 24 Feb. 2011

Suatu majlis perpisahan Penolong Kanan Ko Kurikulum telah diadakan pada tarikh ini. Beliau iaitu Pn Hjh Wan Nuzam bt Wan Hamad telah bertukar setelah hampir 8 bulan berkhidmat di SK Demit 2. Pertukaran beliau adalah atas permintaan beliau sendiri kerana ingin berkhidmat di sekolah berdekatan dengan rumah beliau.

Terima kasih diucapkan dan Selamat Maju Jaya kerana dengar khabarnya naik pangkat jadi PK HEM pula.


Wednesday, March 9, 2011

Maulidurrasul 1432H


Tarikh 16 Feb 2011 : Sambutan Maulidurrasul 1432 H peringkat Sekolah telah berlangsung dengan meriahnya baru-baru ini dengan perarakan dan acara dewan.
Dengan berpakaian baju melayu dan baju kurung, semua murid dan guru memulakan perarakan seawal jam 8.00 pagi disekitar perumahan Desa Kujid dan berakhir jam 9.00 pagi.
Pelbagai acara diadakan selepas itu termasuk pertandingan nasyid dan syarahan dan majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari untuk semua guru dan murid2.