Followers

Saturday, May 29, 2010

Motivasi Keibubapaan




Motivasi keibubapaan yang diwar-warkan sejak 2 minggu yang lalu akhirnya berlangsung sebentar tadi. Majlis berlangsung tepat jam 9.00 pagi sebagaimana jadual dan dihadiri oleh kira-kira 200 ibubapa dan murid tahun 5 dan 6.

Motivasi tetap motivasi tetapi andai kerap disogok dengan perkara yang sama, gaya persembahan yang sama setiap tahun, dikhuatiri akan menjadi 'nasi basi'. Namun, meskipun ini adalah ulangan kali ke 3 untuk tahun ini, namun jika murid inginkan peringatan, maka sudah pasti ianya bermanfaat untuk mereka.



Apa yang pasti, 2 ,3 hari ni mungkin timbul tekad dan azam untuk mengikut apa yang baru didengar dari penceramah motivasi..... tetai kemudiannya.... Wal hasil balik asal.

Input yang diberi bukanlah perkara baru. Rasa saya, setiap kali guru tahun 6 masuk kelas...., 10 minit awal perkara ini yang kami tekankan. Fokus, tumpu perhatian, buat kerja rumah, jangan lupa solat, banyakkan bertanya jika tak faham dll. Namun, mungkin jika peringatan ini datangnya dari orang lain, maka ia lebih berkesan.
Apa-apa pun..... selamat berjuang demi menempuh UPSR yang bakal tiba.

Tuesday, May 25, 2010

Lesen perguruan untuk guru

KOTA BHARU 21 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya setiap guru di negara ini perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional seperti yang perlu dimiliki oleh doktor atau peguam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada golongan tersebut.


Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini, jawatankuasa disiplin di kementerian sudah mencukupi untuk menjaga integriti tetapi pada masa sama cadangan itu masih perlu diberi perhatian serius.
"Isu integriti guru menjadi perhatian kementerian bagi memastikan profesion perguruan terpelihara imej dan martabatnya, kalau integriti tercemar, akhirnya orang hilang kepercayaan kepada guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-18 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa; Yang Dipertua PIBG SMK Kemumin, Mohd. Noor Abdullah dan Pengetua sekolah tersebut, Fauziah Mohamed.
Mohd. Puad mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru lelaki yang didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya.

Mohd. Puad berkata, langkah untuk mengeluarkan lesen perguruan itu telah diamalkan di beberapa buah negara seperti di Kanada dan Australia.

"Cadangan ini perlu dilihat dengan teliti kerana kita mempunyai guru yang ramai kira-kira 390,000 orang.

"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini dan merasakan sudah sampai masanya kita melihat lesen perguruan secara serius seperti mana yang diamalkan oleh beberapa buah negara," katanya.

Sementara itu, beliau merasa amat dukacita dengan kejadian yang berlaku di Sarawak itu dan pihaknya sedang menunggu laporan siasatan polis sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, ia merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan sikap guru yang ada di negara ini.



Jawapan:

1. ALASAN NAK MENAIKKAN MARTABAT PERGURUAN BUKAN MELALUI LESEN. DI MANA AKHIRNYA GURU DIPAKSA MEMBAYAR YURAN DAN KAD UNTUK MENDAPATKAN LESEN KERANA MEMPROSES. BAYANGKAN KALAU 390,000 GURU DENGAN YURAN PROSES RM 25 SEORANG.ITU PUN KALAU RM 25 KALAU RM 100, BANYAK JUGA DUIT KERAJAN KUTIP...DAH NAK BENGKRAP KE???????

2. NAK MENINGKATKAN PROFESIONALISME IALAH DENGAN MENINGKATKAN GRED GURU DIMANA GURU BESAR PERLU DI NAIKKAN GRED YANG LEBIH TINGGI .ADA GURU BESAR YANG TAK TAHU PUN GUNA INTERNET. BORANG YANG KELUAR DALAM INTERNET TAK PERCAYA..PERLU TUNGU BORANG DARI JPN. LAHABAU PUNYA GURU BESAR.

3. KEBAJIKAN GURU DI BANDAR-BANDAR BESAR TERUTAMANYA ANAK-ANAK KAUM GURU. ADA SEKOLAH TERUTAMANYA DI PUTARJAYA DIMANA KAUM GURU TERPAKSA MENJADI PENGASUH DAN GURU BESAR PULA BERSETUJU MENGARAHKAN KAUM GURU MENJAGA BUDAK-BUDAK SEKOLAH HINGGA JAM 5 PETANG. BANYAK PUNYA CANTIK..INI LAH YANG KONONYA NAK TINGKAT PRESTASI MURID. SEBENARNYA SUPAYA KAUM PEKERJA YANG LAIN , IBUBAPA APABILA PULANG DARI TEMPAT KERJA JAM 5 PETANG TERUS MENGAMBIL ANAK-ANAK MEREKA . BETAPA JIMATNYA ORANG LAIN AKAN TETAPI ANAK-ANK GURU TIDAK PULA DI JAGA. ANAK -ANAK GURU TERPAKSA PULA DI HANTAR KE TEMPAT ASUHAN DENGAN HARGA YANG MAHAL.

4. KAUM GURU PERLU PEKA DAN BUKA MATA LA.....JANGAN JADI MANDOM....

5. GURU BESAR PEREMPUAN BANYAK MENIMBULKKAN MASALAH KERANA PENAKUT DAN JUGA TIDAK TAHU BERTINDAK MENYELESAIKAN MASAALAH. MALAH ADA JUGA YANG TIDAK MENGHARGAI KAUM GURU.


POSTING OLEH : KAMARUL ILHAM
kempen anti guru tertindas

ps : Ini adalah pandangan peribadi penulis di atas dan tidak ada kena mengena dengan pentadbiran dan blogger SK Demit 2. Paparan di atas adalah sebagai renungan kita sahaja.

Monday, May 24, 2010

Ujian Saringan PERMATApintar


UJIAN PERMATApintar UKM1. KEMPEN 1Hari 1Sekolah 1Pelajar. Sila beritahu kawan disebelah anda mengenai PERMATApintar!

Murid-murid SK Demit 2 digalakkan menyertai program/kempen ini. banyak manfaat yang dapat diperolehi darinya.

Apa dia Ujian PERMATApintar?

Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web PERMATApintar ini. Ujian ini mengandungi 148 soalan yang memerlukan pelajar berfikir untuk menjawab sehingga lengkap. Jangka masa seseorang untuk menjawab adalah antara 1 hingga 3 jam. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.

Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci.
Paparan mula Ujian PERMATApintar. Murid-murid yang ingin menyertai ujian ini boleh melayari/log in ke alamat berikut;

ps:

Apa yang perlu diketahui oleh murid-murid yang ingin mengambil ujian ini ialah tarikh tutup penyertaan ialah 31 Mei, 2010 iaitu 6 hari lagi. Cepat, jangan terlambat.

Saturday, May 22, 2010

Mercu tanda?

Satu lagi mercu tanda baru dalam pembikinan di SK Demit 2 ialah Taman Sains. Kali ini, giliran hasil tangan guru sains yang dedikasi pula iaitu Cikgu Tukiran Masnono merealisasikan impiannya untuk membinanya.

Friday, May 21, 2010

Perkhemahan Agung Badan Beruniform




Hari ini, Jumaat 21 Mei 2010, hari kedua perkhemahan berlangsung. Tampak peserta gembira meskipun agak keletihan. Dan malam ini adalah malam kebudayaan. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan kepada hadirin dan majlis lebih meriah dan bermakna dengan kahadiran ibubapa.

Mereka akan kembali ke rumah masingmasing esok jam 12.00 tengahari.

Selamat Berkhemah....

Pasukan pengakap yang kurang bermaya malam ni..... pasal tak cukup tido......

Tido la wehh.... orang lain duk buat persembahan, dia ni tangkap lentok sampai habis....

Khemah yang didirikan......, saujana mata memandang.
Persembahan dari Bulan sabit Merah yang mengungguli malam kebudayaan tahun ini. Tajuk ceritera ialah Ulik mayang....

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan hari guru 2010 telah diadakan pada 19 mei 2010. Sambutan yang meskipun sederhana tetapi agak meriah dengan penyertaan dari guru-guru dan murid-murid Sk Demit 2. Gambar-gambar di bawah bisa menterjemahkan apa yang berlaku sepanjang sambutan itu.
Cikgu Mohd Zin Daud mengetuai bacaan ikrar guru SK Demit 2.
Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat. Tapi GB masih sempat tersengih.
Murid-murid pun tahu macamana nak ngajar dalam kelas. Elok jugak sekali sekala murid ngajar murid. Cikgu patut jadi fasilitator je...
Kalau bab nyanyi.... fuhhhh... merekalah yang paling arif. Siap hafal segala jenis lagu.
Persembahan murid tahun 6 yang sungguh menginsafkan..... untuk malam tu jer. Esok kembali cam biasa.... huk... huk... huk

Tuesday, May 18, 2010

Siapa kata tak boleh......?

Ahad, 16 Mei 2010 bersamaan Hari Guru, berlangsung satu lagi perhimpunan mingguan. Seperti biasa, guru menyampaikan laporan mingguan dan amanat. Dan sebelum berakhirnya perhimpunan berkenaan, suatu majlis penyampaian hadia UBB2 telah diadakan.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah , " Siapa kata kita tidak boleh cemerlang dalam kedua-dua bidang, Kurikulum dan Kokurikulum?"

Buktinya, 2 atlit SK Demit 2 yang merangkul anugerah olahragawan dan olahragawati dalam sukan tahunan baru-baru ini merupakan 2 murid yang juga berjaya mendapat keputusan 5A dalam UBB2 hari ini.

Tahniah.

Hazrul Naim menayangkan sampul yang berisi wang yang diperolehinya buat kali ke 2 sumbangan Kedai Sekolah sambil diperhatikan oleh Nur Alifah Mujahid. Kedua-duanya menerima RM20 seorang sebagai penyandang 5A.

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru


Selamat hari guru. Hari yang hanya disambut oleh guru. Guru Pembina Negara Bangsa. Guru itu dan guru ini. Guru yang dedikasi. Guru yang berjasa. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Guru ibarat pelita yang meskipun hangus namun dapat dimanafaatkan oleh segala makhluk. Guru yang entah apa-apa lagi. Relevankah guru itu. Guru yang dikaitkan dengan segala bentuk kebaikan dan kegemilangan.

Cikgu Tg Mazlan dari SK P-------- ada berkata, Guru bagaikan NTV7, kerana 'CERIA SELALU' (walau hati gundah)..., Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana 'MENJADI INSPIRASI HIDUPKU' (walaupun artis lebih disayangi)...., yang pasti guru juga bagaikan TV9 yang 'DEKAT DI HATI' (walaupun sesetengah orang menyampah tgk guru)...,dan yang paling penting.... guru bagaikan PACKAGE ASTRO, kerana 'MACAM-MACAM ADA'.....

Cikgu Din (SMK P---) pula lain ceritanya. Bila murid duduk......., Cikgu berdiri. Bila murid diseligi...., guru pasti kena gari. Murid datang naik BMW 7 series...., cikgu datang naik motor buruk.... road tax pun dah mati. Murid pi blajar sampai phd...., cikgu baru berkira-kira nak ambik degree... Namun begitulah.... di dunia cikgu berbakti, moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi..... tu pun kalau masuk kelas tak henti-henti...

Namun apa pun yang diperkatakan oleh sesiapapun, guru tetap guru. Mengajar tentang tulis baca dan mengira. Tanpa jemu dan tanpa perasaan dengki pada sesiapa. Apa yang guru harapkan ialah secebis doa dan terima kasih atas bebanan yang ditanggung.

Meletakkan guru pada landasan yang betul amat dihargai. Pentadbir perlu jujur dalam mendapatkan hak bagi setiap insan bergelar guru. Hak tersebut melibatkan segalanya yang ada di sekolah. Tekanan yang diberikan oleh pihak atasan kepada Guru Besar tidak semestinya diterjemahkan sebagai suatu ugutan kepada guru.
Guru mendidik tidak mengira ganjaran, tetapi sekiranya ada... perlu diletakkan pada yang hak. Jangan persiakan janji-janji yang diberi. Mengotakannya adalah sesuatu yang mesti.

Memberi penilaian kepada prestasi adalah suatu yang subjektif tapi ingatlah, sekiranya penilaian itu berdasarkan merit...., itu amatlah dituntut. Apa yang perlu diketahui ialah Seorang Pentadbir menilai puluhan guru di bawah untuk prestasi mereka, namun puluhan guru itu menilai seorang pentadbir demi keadilan.

Akhir sekali, Selamat menyambut Hari Guru. Ceria selalu dan Didiklah murid-murid seakan ianya anak kita sendiri.

Friday, May 14, 2010

Malang tidak berbau



Pepatah melayu ada menyatakan, Malang Tidak Berbau. Apa yang dimaksudkan dengan pepatah ini ialah, jika sesuatu musibah (malang) itu akan berlaku, sebenarnya kita sebagai manusia tidak akan tahu. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Perkara ini telah berlaku hari ini. Sesi PJ adalah suatu sesi yang paling disukai oleh murid-murid mana-mana sekolah sekalipun. Semasa sesi PJ, murid-murid diawasi oleh guru sepanjang masa. Namun, ia tidak menghalang dari berlakunya sesuatu musibah.

Kemalangan bisa berlaku. Dan apabila berlakunya kemalangan, tindakan cepat guru amat diperlukan. Biasanya guru akan bertindak mengikut keadaan. . Guru kerap bertindak mengikut naluri keibuan atau kebapaan. Guru sentiasa menganggap murid itu sebagai anak sendiri. Jika luka yang ringan, memadai untuk guru menyapu ubat sahaja dan memberikan kata nasihat. Tetapi, seandainya luka itu agak parah, guru akan terus menghantar mereka ke Hospital atau meminta bantuan ambulan.


Itulah yang berlaku selasa lepas. Sebuah ambulan dari HUSM telah dipanggil kerana kecederaan yang dialami oleh seorang murid SK Demit 2. Terima kasih kepada guru yang bertugas pada hari itu dan tindakan pantas meminta bantuan ambulan untuk menghantar murid ini ke HUSM. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya.

English is Fun..

Itulah bunyi yang diwar-warkan oleh 2 orang 'badut sarkas' yang telah mengadakan persembahan di hadapan murid-murid SK Demit 2 pada 11 Mei iaitu hari Selasa lepas. Mereka berdua membuat persembahan yang menarik dalam memupuk minat murid2 kepada pembacaan buku bahasa inggeris. Di samping membuat persembahan tersebut, mereka juga mengadakan jualan buku-buku cerita bahasa inggeris kepada murid2 SK Demit 2.

Thursday, May 6, 2010

Coret........

Menjadi seorang guru dewasa ini bukan hanya bermakna mengajar tentang tulis baca sahaja. Lebih dari itu, guru dipertanggungjawabkan untuk segalanya yang berkaitan dengan diri murid, pembelajaran mereka, penghidupan mereka di sekolah, kantinnya bahkan bangunannya. Dedikasinya seorang guru tidak pula bergantung kepada kekerapan masuk kelas semata-mata, bahkan dinding mana yang pernah beliau coret selain dari papan hitam atau papan putih yang biasa.
Projek 90% siap. Laman yang menjadi kebanggaan guru-guru Kelas Pendidikan Khas SK Demit 2.

Ustazah Raihan juga tidak mahu terlepas dalam mencoretkan sesuatu di dinding kelas J-QAF sambil di perhatikan oleh Ustazah Maniana.