Followers

Friday, January 28, 2011

PERPISAHAN


Meskipun tahun baru bermula, namun tetap ada perpisahan yang berlaku. Mungkin sudah suratan atau sememangnya inilah lumrah kehidupan. Patah tumbuh hilang berganti. Bertukar ke tempat baru adalah lumrah bagi seorang yang bergelar pendidik apatah lagi kepada seorang pendidik yang komited dengan tugas mereka.

Inilah yang berlaku pada hari khamis, semalam. Majlis meraikan 3 orang guru dari unit Pemulihan Khas telah berlangsung dalam suasana penuh emosi. Murid dan guru saling menangis. Namun, perjuangan harus diteruskan.

Warga SK Demit 2 mengucapkan selamat jalan kepada mereka bertiga iaitu Pn Maslina, Pn Fatimah dan En Faizul dan Selamat Bertugas di tempat baru. Terima kasih atas segala sumbangan kalian kepada SK Demit 2.

Selamat Tahun Baru

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca sekalian. Dan hampir sebulan berlalu.... hari ini 28 Januari, 2011, baru dapat masa untuk bersama kembali di Blog SK Demit 2 ini.

Sibuk sungguh sehari dua hingga sebulan ni. Banyak perkara perlu di bereskan dulu. Banyak peristiwa suka duka telahpun berlaku dalam tempoh sebulan ni.

Namun begitu, hidup mesti diteruskan. Pelajaran murid2 perlu didahulukan dan kebajikan mereka juga patut diutamakan. So..... have a nice day. See you all in the classroom.