Followers

Friday, January 28, 2011

PERPISAHAN


Meskipun tahun baru bermula, namun tetap ada perpisahan yang berlaku. Mungkin sudah suratan atau sememangnya inilah lumrah kehidupan. Patah tumbuh hilang berganti. Bertukar ke tempat baru adalah lumrah bagi seorang yang bergelar pendidik apatah lagi kepada seorang pendidik yang komited dengan tugas mereka.

Inilah yang berlaku pada hari khamis, semalam. Majlis meraikan 3 orang guru dari unit Pemulihan Khas telah berlangsung dalam suasana penuh emosi. Murid dan guru saling menangis. Namun, perjuangan harus diteruskan.

Warga SK Demit 2 mengucapkan selamat jalan kepada mereka bertiga iaitu Pn Maslina, Pn Fatimah dan En Faizul dan Selamat Bertugas di tempat baru. Terima kasih atas segala sumbangan kalian kepada SK Demit 2.

No comments:

Post a Comment