Followers

Monday, December 23, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah




Sesi persekolahan 2014 akan bermula seawal 1 Januari, 2014. Tak beberapa lama lagi. Minggu ini segala jenis mesyuarat sudah bermula. Pendaftaran tahun 1 pula akan diadakan pada 30 Disember 2013. Kepada ibubapa murid SK Demit 2, tuan/puan boleh mula membeli kelengkapan asas bagi anak-anak jagaan tuan/puan bermula dari 29 hingga 31 Disember, 2013. Antara barangan yang boleh dibeli pada hari yang berkenaan ialah;
      1. Set Buku Tulis        :  RM10.00
      2. Tudung  (Saiz S)     :  RM10.00
      3. Tudung (Saiz M)     :  RM11.00
      4.  Tudung (Saiz L)     :  RM12.00
      5. Baju PJK (Lengan Panjang)  :  RM16.00
      6. Baju PJK (Lengan Pendek)  :  RM15.00
      7. Baju Sukan     :  RM15.00
      8.  Alatulis dll

Kepada semua murid SK Demit 2, Selamat Kembali ke Sekolah.

Thursday, November 14, 2013

Keputusan UPSR 2013



Alhamdulillah. 11 calon UPSR dari SK Demit 2 telah berjaya memperolehi 5A dalam UPSR tahun ini manakala 9 lagi memperoleh 4A 1B. Tahniah diucapkan kepada mereka. Yang tidak berjaya, janganlah bersedih. Cuba lagi di sekolah menengah nanti....


FAKTA NOMBOR.....

Gred Purata Sekolah : 2.01
Peratus Semua A :  13.58%
BM Kefahaman  :  96.3%
BM Penulisan  :  92.6%
B. Inggeris  :  86.4 %
Matematik : 87.7%
Sains :  91.4 %

Senarai 5A :

1. Adiba bt Abdullah
2. Atiqah Hanim bt Ahmad Nordin
3. Daniel Amreen b Hazli
4. Mohamad Haikal Harraz b Jefree
5. Muhammad 'Afif b Moh Bakery
6. Nur Ain Nisrina bt Rohishan
7. Nur Amalin bt Suzura
8. Nurin Nasuha bt Azman
9. Nurul Aqilah bt Mohd Amin
10. Raja Hasmimi Syafika bt Raja Hasbaharom
11. Nur Aisyah bt Adnan

Senarai 4A 1B:

1. Anisah Juwairiah bt Joni
2. Nik Muhamad Azimuddin b Aziz
3. Nor Maisarah bt Mohd Harun
4. Nur Ainaa Fakhira bt Rahimi
5. Nur Farhanny Nellysha bt Mohd Yuraimie
6. Nurazeanis Iryana bt Mohamad
7. Nurul Fathin Farhana bt Zambri
8. Nurul Nadia bt Mohamad
9. Siti Zahirah Adlina bt Azhar

Sunday, October 27, 2013

Konvokesyen PRA- Sekolah

Suatu majlis Konvokesyen Pra QIT Pengkalan Chepa telah diadakan pada 27 Oktober 2013 bertempat di BTP Negeri Kelantan. Majlis yang meriah itu bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar 12.00 tengahari.




Monday, October 21, 2013

ANNUAL DINNER 2013

Majlis Jamuan Akhir Tahun 2013 telah diadakan pada Ahad, 20 Oktober 2013 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu. Majlis ini juga sebagai meraikan persaraan PK KO SK Demit 2, Pn Hjh Nooral Aini bt Mohamad yang bersara pada usia 56 tahun. Majlis yang agak meriah dengan cabutan nombor bertuah bermula seawal jam 8.30 malam.






Sunday, October 13, 2013

Majlis penutup dan Penyampaian hadiah Program Pasca UPSR 2013

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Program Pasca UPSR telah diadakan pada 12 Okt 2013 (Ahad) yang menyaksikan pasukan ALZA dan EXORA membolot kebanyakan hadiah utama. Dua pasukan yang bersaing sejak permulaan program ini telah mencapai kebanyakan kejayaan dalam setiap acara yang dipertandingkan.



Majlis Persaraan PK KO

Pada hari khamis, 10 Oktober 2013, berlangsunglah majlis perpisahan Pn Hjh Nooral Aini bt Mohd, PK KO SK Demit 2. Pelbagai acara diadakan dan kemuncaknya ialah majlis bersalaman antara beliau dengan guru dan murid2. Majlis meraikan persaraan beliau bagaimanapun akan diadakan di Hotel Perdana pada 20 Okt 2013 jam 8.00 malam.






Tuesday, October 1, 2013

Saturday, September 28, 2013

In House Training : VLE FROG

Sekejap tadi telah berlangsung in-house training Frog VLE untuk semua guru SK Demit 2. Nah, baru tahu siapa boleh lompat tiunggi dan siapa pula sekadar melompat rendah. Apa-apa pun, kursus dari jam 8.00 am hingga 12.30 pm nampak telah membuka minda para guru untuk menjadi lebih baik dalam dunia ICT.





Friday, September 20, 2013

Program Penutup

Majlis penutup Program Kemerdekaan SK Demit 2 telah selamat dilangsungkan hari ini dengan acara Pertandingan Basikal Berhias. Sebanyak 12 buah basikal mengambil bahagian dalam acara ini. Hadiah pertama bernilai RM50, kedua RM30, ketiga RM20, keempat RM10 dan saguhati RM5. Semua penyertaan mendapat hadiah.





Acara seterusnya ialah Acara Sukaneka yang berlangsung di Padang. Semua acara ditamatkan seawal jam 12 tengahari kerana cuaca yang agak panas. Acara penyampaian hadiah pula dilangsungkan di Laman Bestari. Majulah sukan untuk SK Demit 2.










Monday, September 9, 2013

Selamat Berjuang.....

Selamat berjuang kepada calon2 UPSR SK Demit 2 seramai 81 orang yang akan mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang bermula hari ini 10 hb September 2013 hingga 12 September, 2013. Harapan kami warga SK Demit 2, agar anda semua berjaya dengan cemerlang. Semoga 5A dalam tangan anda semua. Amin.

Majlis Serah Ilmu

Suatu Majlis yang dinamakan Majlis Serah Ilmu telah berlangsung pada pagi Ahad, 8 September 2013 bertempat di Laman Bestari SK Demit 2. Adapun tujuan majlis ini diadakan ialah sebagai simbolik bagi guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan selama ini kepada murid2 calon UPSR 2013.  Semoga segala kejayaan adalah milik anda semua jua. Amin.






Ikhtiar Terakhir....

Belajar dah hampir 7 tahun dari sejak TADIKA/PRA. Tuisyen dah beribu habis pitis. Buku dah habis khatam. Jadi sebagai ikhtiar terakhir, suatu majlis solat hajat perdana telah diadakan pada malam jumaat, 5 September 2013. Semoga majlis ini mendapat rahmat dari Allah yang Maha Esa. Amin. %a pasti dalam tangan.





Tuesday, September 3, 2013

MERDEKA !

Acara simbolik melepaskan 2 ekor merpati putih oleh Puan Guru Besar tanda negara merdeka......



Friday, August 23, 2013

Majlis Raya SK Demit 2

Biar gambar berbicara...........