Followers

Thursday, November 11, 2010

Keputusan Rasmi UPSR 2010



Pagi tadi, 11 Nov 2010 keputusan UPSR 2010 telah dikeluarkan. Dan calon UPSR SK Demit 2 seramai 8 orang telah memperoleh 5A. Peratus kelulusan pula ialah 81.57%. Berbanding tahun lepas 9orang mendapat 5A bermakna penurunan 1 orang. Meskipun begitu, subjek matematik menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu seramai 32 calon memperoleh A. Bahasa Melayu masih menggungguli pencapaian dengan perolehan A paling banyak, Sains di tempat ke 3 dan akhir sekali Bahasa Inggeris. Pencapaian penuh adalah sebagaimana berikut;

Bahasa Melayu (Pemahaman) : A = 37 orang
Bahasa Melayu (Penulisan) : A = 42 orang
Bahasa Inggeris : A = 12 orang
Matematik : A = 32 orang
Sains : A = 16 orang

Lapan pelajar yang mendapat 5A ialah :

1. Hazrul Naim b Hashim
2. Ammar Yusuf b Moh Bakery
3. Ariff Najmi b Azman
4. Muhamad Akmal Mirza b Mohd Tarmizi
5. Syafiq b Shukri
6. Wan NurAthirah bt Wan Ab Rahim
7. Nurul Alifah bt Mujahid
8. Nurul Huda bt Mohamad

Sementara itu 8 orang pelajar lagi memperoleh 4A 1B.

Lapan pelajar yang memperoleh 5A bergambar kenangan bersama guru-guru tahun 6 SK Demit 2 tahun 2010.

Monday, November 8, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN

Jamuan akhir tahun SKD2 semalam berlangsung dalam suasana yang harmoni. Semua guru dan kakitangan sekolah berkumpul untuk makan tengahari di Syam Restoran, Kota Bharu. Meskipun susah untuk meletakkan kenderaan, namun akhirnya semua warga SKD2 gembira kerana inilah hari di mana kami meraikan diri sendiri.

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


Tanggal 8 November 2010, Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan oleh YBrs Guru Besar SK Demit 2, Pn Hjh Norhayati Hamat dengan rasminya. Kem ini bukan sahaja menggalakkan hanya murid-murid membaca bahkan lebih dari para guru juga. Menjadikan membaca sebagai budaya akan mencerminkan kejayaan dan kecemerlangan bangsa di masa hadapan.