Followers

Friday, March 15, 2013

Program Cakna.....

Sebagaimana dijanjikan, tepat jam 10.45 pg, bertempat di Laman Bestari SK Demit 2 berlangsunglah Program Cakna Kecemerlangan UPSR Ibubapa dan Guru SK Demit 2. Kehadiran ibubapa Penjaga sangat menggalakkan demi kesinambungan pembelajaran anak-anak mereka. Segalanya diluahkan baik dari sisi guru mahupun ibubapa. Guru Besar, Pn Hjh Aishah bt Mohd sebagai 'Bonda' kepada murid2 SK Demit 2 melahirkan perasaan  dan pengharapan yang tinggi baik kepada calon UPSR tahun ini bahkan lebih dari itu mengharapkan kerjasama dari ibubapa demi melihat kejayaan anak-anak masing2.







Senamrobik Perdana

Suatu program senamrobik telah diadakan di SK Demit 2 pada hari sabtu, 16 Mac 2013 bertempat di Laman Perhimpunan. Semua Guru, kakitangan dan murid mengambil bahagian dalam acara tersebut. Selepas acara senamrobik ini, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk acara gotong royong membersih kawasan sekolah pula. Suasana tampak meriah dan menghiburkan....




Wednesday, March 13, 2013

Program Cakna

Biasanya begitulah yang berlaku antara dan murid. Guru cakna pembelajaran murid. Guru Cakna kebersihan kelas. Guru Cakna perkembangan mindamurid. Guru Cakna itu. Guru Cakna ini. Guru belaka yang Cakna itu dan Cakna ini. 

Namun, untuk kali ini Guru mengajak sama Ibu Bapa untuk sama-sama Cakna tentang anak-anak mereka. Cakna baik dari segi pembelajaran mahupun minda dan halatuju mereka. 

Sabtu ini suatu program yang dinamakan  Program  Cakna Kecemerlangan UPSR Ibubapa dan Guru SK Demit 2 tahun 2013 akan diadakan. Ibubapa Penjaga sepatutnya hadir bagi mengenalpasti halatuju calon2 UPSR tahun ini. Marilah bersama-sama kita mengembeling tenaga dan buah fikiran demi kejayaan bersama.



Saturday, March 9, 2013

Gunting.... jangan tak gunting.....


Hari khamis 7 Mac 2013 juga berlangsung satu acara amal untuk menggunting rambut secarapercuma di SK Demit 2. Bertempat di Laman Bestari, seramai 10 orang juru gunting telah dengan sukarela menggunting rambut murid-murid SK Demit 2. Acara yang diadakan secara percuma ini telah menarik perhatian ramai murid2 dan tidak ketinggalan juga gurudan kakitangan sekolah. Terimakasih daun keladi kami ucapkan, kalau boleh bulan depan datang la lagi......






Karnival Bola Baling QITPengkalan Chepa 2013

Rabu dan Khamis (6dan 7 Mac 2013) baru ni telah berlansung Karnival Bola Baling QITPC dengan penyertaan dari sebanyak 14 buah sekolah sekitar QIT Pengkalan Chepa. Meskipun hujan turun dengan agak lebat, namun semangat juang pemain-pemain tidak dapat dinafikan lagi. Karnival yang berlangsung di padang bersama SMK Panji dan SK Demit 2 itu menyaksikan SK Dato Hashim 1 menjuarai acara lelaki manakala SRA Amalin Aisyah Putri pula menjuarai acara perempuan.....

Meskipun hujan, pendaftaran pasukan tetap berjalan lancar

Hujan turun berselang seli dengan perlawanan bola baling

Peserta menanti bila agaknya hujan akan berhenti...

Pasukan lelaki SK Demit 2

Pasukan perempuan SKDemit 2

Aktiviti memanaskan badan dalam hujan renyai-renyai...

Pertandingan yang menyaksikan Pasukan SKD2 menang tipis 1-0. Meskipun begitu mereka hanya berjaya setakat suku akhir sahaja. Syabas diucapkan....

Penonton dan penaik semangat....

Guru yang juga bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk peserta dan pegawai kejohanan

Saturday, March 2, 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8 Tahun 2013

Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8 tahun ini telah diadakan pada 2 Mac 2013 hari Sabtu jam 8.30 pagi. Mesyuarat Agung PIBG kali ini telah dirasmikan oleh YBrs En Che Rosli bin Hassan, Penyelaras DUN Panchor merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. 

Majlis juga diserikan lagi dengan Penyampaian Hadiah Kehadiran penuh murid tahun 2012, Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2012 dan Penyampaian KWAPM (e-Kasih).

Meja pendaftaran ibubapa...

Sebahagian ibubapa yang telah memenuhi Laman Bestari

Majlis Perasmian oleh En Che Rosli bin Hassan

Mesyuarat Agung bermula.....

Penyampaian Hadiah Kehadiran 100% tahun 2012
 
Pungutan derma yang diperolehi adalah hampir RM500

Semasa sesi Mesyuarat Agung berlangsung, Ibubapa murid mengambil sikap mudah dengan keluar dewan dan pulang. Ini sungguh menyedihkan bilamana mesyuarat yang berlangsung adalah demi kesinambungan pendidikan anak-anak kita sendiri.