Followers

Tuesday, November 25, 2014

Keputusan Rasmi UPSR 2014

Hari ini, Rabu 26 Nov 2014 keputusan peperiksaan UPSR 2014 telah dikeluarkan. Seramai 10 orang calon UPSR SK Demit 2 telah berjaya mendapat 5A manakala 12 lagi mendapat 4A 1B. Paling menonjol ialah salah seorang calon dari kelas 6B berjaya meraih 5A. Berikut adalah keputusan rasmi sebagaimana yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.....

     No Pusat : DA369
     No Kod Sekolah : DBA1446
     Nama Sekolah : SK Demit 2

     GPMP/GPS  :  1.88

     Keputusan Penuh :
          B.Malaysia (Kefahaman) : 58 A
          B. Malaysia (Penulisan)   : 65 A
          B. Inggeris                        : 18 A
          Matematik                        : 41 A
          Sains                                 : 19 A

     Calon Mendapat Semua A (5A) :  10 orang
       
          1. Amir Muqri b  Ahmad Nawi
          2. Muhammad Ammar Faiz b Mohd Fadzle
          3. Muhammad Amzar ikmal b Mohd Lee
          4. Muhammad Ariff Daniel b Hafizol
          5. Muhammad Izzat b Zambri
          6. Muhammad Izzat Fikri b Khairudin
          7. Nazri Akmal b Mujahid
          8. Nik Nur Fatihah Fitri bt Nik Azman
          9. Nur Elia Adiba bt Mat Napi
        10. Wan Adreen bt Wan Azri

Kepada semua calon UPSR tahun 2014, kami warga SK Demit 2 mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Berusahalah demi masa depan yang lebih gemilang....

Saturday, November 22, 2014

Majlis Khatam Al-Quram yang GEMPAQ..............

Majlis telah diadakan pada 13 November 2014.
Namun begitu biarlah foto-foto yang berbicara......

Sekalung tahniah kepada semua J/Kuasa Majlis Khatam Al-Quran.
Persiapan gempaq..... hasilnya pasti Gempita.....












Friday, November 21, 2014

Wednesday, August 27, 2014

Larian Rentas Desa KUJID 2014

Larian sekitar Desa KUJID berlangsung hari ini 28 Ogos, 2014. Serentak dengan itu, suatu pertandingan mewarna diadakan bagi murid tahap 1, Pendidikan Khas dan Murid Pra Sekolah.....







Monday, August 18, 2014

THE YOUNG WARRIORS memburu kejayaan......................

The Young Warriors sedang dalam rangka memburu kejayaan. Berbangga dengan pencapaian The Young Warriors lebih2 lagi dengan penampilan Muhammad Danial Ashraf, bekas murid SK Demit 2. Terbaek dan teruskan perjuangan........................





Sunday, August 10, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Idilfitri peringkat SKD2...... Meriah

Biarlah foto-foto ini mengungkapkan seribu bicara.....







Friday, May 2, 2014

Sumbangan Dari Bank Rakyat

Sumbangan RM5000 untuk keceriaan Surau SK Demit 2 telah disampaikan oleh Pengurus   Bank Rakyat Cawangan Wakaf Che Yeh. Semoga membawa keberkatan kepada kedua-dua pihak. Amin.


Tuesday, April 22, 2014

Pelancaran Minggu Pencegahan Dadah Peringkat SK Demit 2

Tanggal 13 April 2014, Minggu Pencegahan  Dadah peringkat SK Demit 2 telah dilancarkan secara rasmi oleh Penolong Pengarah AADK Negeri Kelantan, YBrs En Shahril b Jusoh. Suatu ceramah telah disampaikan dan seterusnya beliau merasmikan/melancarkan minggu Pencegahan Dadah peringkat SKD2.

Beberapa acara telah diadakan bersempena minggu bertema ini. Antara lainnya ialah Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pertandingan Melukis Poster Tahap 2, Pertandingan Pidato Tahap 2 dan Kuiz Pencegahan Dadah. 





Sunday, April 6, 2014

Pelancaran Program Sekolah Penyayang peringkat SK Demit 2

Ahad, 6 April 2014 menyaksikan satu program yang diberi nama Program Guru Penyayang peringkat sekolah telah dilancarkan. Majlis pelancaran dilakukan sendiri oleh Puan Guru Besar SK Demit 2, Pn Hjh Aishah bt Mohd. Beberapa acara telah berlangsung termasuk nyanyian lagu nasyid, acara memakaikan tali leher secara betul kepada murid, penyampaian hadiah Program Cakna Kelas dan lain-lain lagi.