Followers

Sunday, October 24, 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan


Sebentar tadi berlangsunglah majlis perasmian penutup Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat SK Demit 2. Program sebenarnya telah berjalan selama seminggu dari minggu lepas lagi. Antara programnya ialah Pertandingan membaca cepat, deklamasi sajak dan bercerita.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Puan Guru Besar SK Demit 2.

Perlu dinyatakan di sini bahawa program ini adalah anjuran panitia Bahasa Melayu SK Demit 2 tahun 2010.

Lawatan Kota Bharu


Tanggal 21 Okt, 2010 (Khamis) lalu, pelajar tahun 6 SK Demit 2 telah dibawa berjalan-jalan sekitar bandar Kota Bharu. Ini adalah satu daripada program lepas UPSR yang dianjurkan demi untuk calon2 UPSR 2010.


Walaupun perjalanan sehari mereka hanya berlegar di KB sahaja, namun siapa sangka... sebahagian besar dari mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke Muzium Negeri dan Taman Perbandaran Tg Anis.

MERDEKA RAYA 2010 sesi 2


Tahun ni agak panjang sambutan meedekaraya SKD2. Apa taknya, dah terkeluar dari waktu sepatutnya. Tapi tak apa lah. Asal semangat raya dan merdeka tu masih berkobar2, maka ianya tidak menjadi apa-apa.


Pertandingan lagu patriotik berlangsung dengan meriahnya pada 7 oktober, 2010. Ramai pelajar mengambil bahagian. Meriahnya kali ini ialah nyanyian mereka diiringi dengan petikan keyboard dari Cikgu Zeck. Selamat menyambut MERDEKARAYA...........................