Followers

Thursday, September 30, 2010

MERDEKA RAYA 2010



Sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya SK Demit 2 tahun ini diadakan serentak pada hari khamis, 30 September 2010. Warga SK Demit 2 menamakannya sebagai MERDEKA RAYA 2010. Pelbagai acara telah diadakan dan kemuncaknya adalah jamuan sate untuk semua murid dan guru/staff SK Demit 2.

Sambutan tidak terhenti di sini sahaja malah ia akan berlanjutan sehingga hari Ahad, 3 Okt dan 7 Okt, 2010. Semua murid disarankan membawa bendera Jalur Gemilang untuk dikibarkan sepanjang tempoh tersebut.

Sekitar sambutan MERDEKARAYA 2010 SK Demit 2. (Gambar dari atas ke bawah : A) Barisan guru yang berada di laman perhimpunan i.e. Yang lain sibuk menyiapkan pentas dan juadah hari raya. B) YBrs Guru Besar sedang membacakan teks Titah Ucapan DYMM Yang DiPertuan Agung sempena Hari Kebangsaan 2010. C) Seorang murid tahun 1 sedang cuba untuk menghabiskan sate (sebab dah kekenyangan) D) Cikgu Zain Daud kalau tak menyanyi.... memang tak sah. E) Hai.... Cikgu Ros Idayu.... sikit jer makanan tu.. Diet ke? F) Cikgu Zeck menyanyi sambil di apit 2 murid. G) Suasana makan bersila di Laman Bestari H) Pandangan dari atas blok pentadbiran ~ murid tekun mendengar taklimat dan ucapan dari guru.

Sunday, September 26, 2010

Motivasi lagi.....


Suatu program motivasi bagi murid tahun 2 telah diadakan pada hari ini, 27 September, 2010 melibatkan guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan. Program bermula jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 2.00 petang. SK Demit 2 amat berterima kasih kepada guru-guru pelatih berkenaan kerana sudi membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada peserta2 program.

Monday, September 20, 2010

UPSR telah bermula....




Seawal 8.00 pagi tadi, semua calon UPSR SK Demit 2 dan semestinya seluruh negara mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010. Pelbagai cara dan usaha telah dilakukan oleh guru2 yang ingin melihat anak didik mereka berjaya. Calon2 UPSR juga telah memerah keringat dan tenaga demi menggapai kejayaan yang sama. Tidak kurang pula di pihak ibu bapa yang sanggup berhabis wang ringgit dan masa hanya kerana mahukan kejayaan menjadi milik anak mereka. Dan usaha serta susah payah itulah yang akan diterjemahkan ke dalam kertas ujian itu nanti.

Kami, warga SK Demit 2 mengucapkan selamat berjuang dan harumkanlah nama SK Demit 2 dan hadiahkanlah kejayaan kepada ibu dan ayah anda. Semoga berjaya.
Amanat terakhir sebelum masuk berjuang di gelanggang UPSR 2010

Sunday, September 19, 2010

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin




Malam tadi berlangsunglah majlis solat hajat perdana sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010. Majlis yang telah berlangsung bermula 7.00 malam telah disertai oleh Guru-guru, Ibubapa dan pelajar sendiri.

Majlis diadakan untuk memohon agar sepanjang UPSR berlangsung, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. InsaAllah.

Majlis Serah Ilmu....

Puan Guru Besar sedang memberikan amanat dan pesanan kepada calon2 UPSR 2010.
Suatu majlis penyerahan ilmu dari guru2 Tahun 6 SK Demit 2 kepada calon2 UPSR 2010 telah berlangsung pada hari Ahad, 19 September 2010. Majlis bermula seawal 7.45 am dengan amanat dan pesanan dari semua guru, doa dan diakhiri dengan calon2 bersalaman dengan guru2 pohon restu.
Calon2 bersalaman dengan guru-guru SKD2


Barisan calon2 UPSR SKD2 tahun 2010

Tahun ini menyaksikan seramai 76 calon UPSR SK Demit 2 akan menduduki peperiksaan bermula esok, Selasa 21 September, 2010 sehingga khamis 23 September, 2010. Kami warga SK Demit 2 mendoakan agar kalian semua beroleh kejayaan yang gemilang. IsyaAllah.

Sunday, September 5, 2010

Zakat....



Hari ini Ahad, suatu majlis pengurniaan zakat telah berlangsung di Laman Bestari SK Demit 2 pagi tadi. Pelajar yang layak telah dikurniakan zakat sebanyak RM100 tiap seorang yang keseluruhannya berjumlah RM22 000.00. Wang zakat tersebut adalah dari Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Seramai 220 pelajar bersama ibubapa masing2 telah hadir meskipun hari ini merupakan hari cuti pertengahan semester 2.




Salah seorang murid menerima sampul surat yang berisi RM100, wang zakat dari Puan Guru Besar.Sebahagian dari ibubapa bersama anak masing2 yang hadir pada majlis berkenaan.



Thursday, September 2, 2010

Punch Card.......... Kena Cepat..!!!


Bermula September 2010, SK Demit 2 akan menggunakan Punch Card sebagai ganti Buku Kehadiran bagi merekodkan kehadiran guru ke sekolah. Banyak pro dan kontra telah dilemparkan berkenaan punch card ini. Ada yang setuju dan tak kurang pula yang haya memandang sinis penggunaannya. Namun yang pasti, kalau kebiasaannya jam 7.30 pagi parking berbumbung guru masih tidak penuh tapi kini jam 7.15 pagi dah tak ada kekosongan lagi. Tahu apa maknanya....... Dah tahu takpe...

Selamat Menyambut 1 Syawal.....


Dikesempatan ini, saya selaku blogger skdemit-2.blogspot.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang pernah melayari blog ini. Sempena dengan hari baik dan bulan baik ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya aidilfitri kepada semua warga SK Demit 2, maaf zahir dan bathin. Juga selamat bercuti. Jangan lupa kembali ke sekolah pada 14 september, 2010 (selasa).

Hadiah Raya...



Pada 2 September 2010, bertempat di Laman Bestari SK Demit 2 berlangsunglah suatu majlis pengurniaan hadiah biskut raya kepada 74 murid yang terdiri dari kalangan keluarga miskin dan anak yatim. Majlis ini direalisasikan hasil sumbangan wang guru-guru dan kutipan dari kalangan murid pada minggu yang lalu.

Majlis ini juga merupakan majlis 3 dalam 1 di mana hadiah kecemerlangan murid dalam UBB4 dan sijil-sijil penyertaan termasuk medal bagi murid yang terlibat dalam kejohanan bolasepak bawah 11 tahun juga diberikan.

Untuk Peperiksaan Percubaan UPSR kali ini, seramai 7 murid telah mendapat 5A dan dihadiahkan RM20 dan lencana 5A oleh Kedai Sekolah.


Meskipun perjuangan untuk memperolehi 5A telah mula menampakkan hasil namun apa yang dimusykilkan ialah cuti yang panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri jika tidak dimanfaatkan sebaik mungkin pasti akan mengundang kekecewaan. Oleh itu, harapan kami warga SK Demit 2 agar anda, calon2 UPSR tidak leka dan terus berjuang demi sebuah kejayaan.


Mohd Syafiq Shukri menerima sampul berisi RM20 kerana berjaya memperolehi 5A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR baru-baru ini.

Salah seorang murid menerima sumbangan biskut raya dan air kordial sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari YBrs Tn Hj Mohd Razi Jusoh, PK HEM SKD2.
Wajah-wajah ceria anak2 SKD2 yang bukan sahaja akan bercuti selama seminggu bahkan juga akan menyambut Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.