Followers

Wednesday, December 21, 2011

Selamat Kembali ke Sekolah



Assalamualaikum

Tahun 2011 akan melabuhkan sauhnya tak berapa lama lagi. Dan tirai 2012 akan mula disingkap demi sebuah kesinambungan perjuangan guru dan murid. Sepanjang 2011, banyak suka dan duka bersilih ganti. Ada yang mengakhirinyanya dengan perasaan yang penuh kesyukuran namun tidak kurang jua yang melewati 2011 dengan perasaan hampa. Tetapi bak kata pepatah arab, Man Jadda Wajadda.... Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.

Tahun 2011 menyaksikan suatu sejarah telah tercipta dengan pencapaian 19 murid berjaya mencapai kejayaan cemerlang 5A dan 10 orang lagi mencapai 4A. Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan. Target sekolah untuk pencapaian 20 orang 5A hampir mencapai sasaran. Dan dengan berbekalkan pencapaian ini, tahun 2012 pasti menjanjikan perjuangan sengit untuk menggapai kejayaan yang lebih gemilang.

Tahun 2012...., kami datang dengan seribu pengharapan. Dan harapan ini bukan sahaja akan tinggal harapan kerana kami warga SKD2 berjanji akan melipatgandakan usaha kearah pencapaian murid yang lebih baik dan terbaik.

Ahlan Wasahlan ya 2012.

Thursday, December 1, 2011

RM100


Tanggal 24 Nov, 2011 telah berlangsung suatu majlis penyerahan wang bantuan permulaan sekolah 2012 RM100 bertempat di Laman Bestari SK Demit 2. Majlis disempurnakan oleh wakil dari pihak UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dan dihadiri oleh 99 % ibubapa penjaga.


Monday, November 21, 2011

Anjakan Paradigma.......


Sebagaimana yang dijangka, keputusan UPSR tahun 2011 hampir menepati target sekolah. 19 dari 20 pelajar target mencapai keputusan cemerlang 5A manakala 10 calon lagi mencapai 4A 1B. Dan yang paling manis, bilangan A bagi tiap subjek juga bertambah secara mendadak. Alhamdulillah.

Friday, October 21, 2011

Bersua kembali..

Setelah agak lama blog ini tidak beroperasi disebabkan kehilangan password maka hari ini ianya kembali dikemaskini.

Sepanjang "terbekunya" blog selama beberapa bulan ini, pelbagai peristiwa telah berlaku, namun ianya tidak dapat disiarkan. Antaranya ialah Lawatan Murid ke Langkawi, Penyampaian Wang KWAPM, sekitar Ujian UPSR dan lain-lain lagi.

Tahun 2011 hampir kepenghujungnya. Hanya tinggal Ujian Akhir Tahun dan lain-lain perkara bagi penutupan tirainya. Tahun depan pasti akan mewarnai lagi persada SK Demit 2......

Thursday, June 16, 2011

Program Waja Diri dan "Tackle" UPSR 2011


Suatu program yang dirancang rapi demi untuk menyedarkan murid terutama calon UPSR 2011, telah berlangsung bermula dari 16 hingga 18 Jun, 2011. Program ini dinamakan Motivasi Waja Diri dan Tackle UPSR 2011.

Program selama 3 hari itu akan dimuatkan dengan Seminar Teknik menjawab peperiksaan bagi subjek-subjek teras iaitu BM, BI, Maths dan Science.

Pn Siti Norra bt Abdul, Setiausaha UPSR berkata, program berkenaan amat penting kerana buat masa sekarang, calon-calon UPSR belum lagi betul-betul sedar tentang kepentingan pelajaran dan UPSR untuk masa depan mereka. Justeru itu, menjadi kewajipan guru untuk merancang sesuatu agar mereka tidak terus leka dalam mimpi-mimpi indah mereka.

Semua guru bersepakat untuk mengambil bahagian dalam mengembleng tenaga demi untuk melihat kejayaan program yang dirancangkan.

Tuesday, May 24, 2011

Sukan Tahunan kali ke 6 SK Demit 2

Tarikh : 24.5.2011


Hari ini berlangsung Sukantara sempena Sukan Tahunan yang akan diadakan pada Khamis, 26.5.2011.



Sukantara terdiri dari acara padang termasuk Lompat tinggi, lompat jauh dan Lontar Peluru.




Sempena Sukan Tahunan yang bakal diadakan, seluruh warga SK Demit 2 serta Ibubapa Penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.



Maju Sukan untuk SK Demit 2 dan Negara.

Sunday, May 15, 2011

Selamar Bertukar




Tarikh : 15.5.2011

Guru Besar SK Demit 2 telah diraikan dalam suatu majlis pertukaran yang penuh emosi oleh semua warga SK Demit 2. Pertukaran ini tampak biasa tetapi biasalah..... jika GB disayangi oleh semua, ia seperti tidak adil kepada semua orang.

Namun, ia adalah adat bagi penjawat awam khususnya guru. Bertukar jika diarahkan.

Pn Rosmayati bt Hamat, mula berkhidmat sebagai GB di SK Demit 2 sejak 2004 lagi dan menjadi kesayangan warga SK Demit2. Dengan sikap 'low profile' , beliau berjaya membangunkan SKD2 kearah kecemerlangan baik dari aspek kurikulum mahupun Kokurikulum.

Ramai murid menangis dan tidak kurang pula guru 'meratapi' pertukaran ini. Meskipun begitu, unit ICT dan seluruh warga SKD2 mengucapkan selamat berjaya di tempat baru.

Friday, May 13, 2011

Solivite of Fernleaf.........

Tarikh : 5.5.2011

Kehadiran warga Solivite ke SK Demit 2 berjaya menceriakan murid2. Apa tidaknya, selain dari mendengar ceramah dan menonton video berkenaan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar, mereka juga dihidangkan dengan minuman kultur Solivite perisa kegemaran mereka.


Lebih mengempakkan lagi suasana, badut solivite juga hadir sama.... dan menari bersama-sama murid. Terima kasih dan jangan lupa datang lagi...

Tanggungjawab sosial

Tarikh : 4 Mei, 2011

Walaupun tanpa majlis besar2an ataupun publisiti yang war2, namun bila bercakap tentang tanggungjawab, maka ia mesti dilaksanakan.



Ceritanya, keprihatinan guru yang bimbang tentang keselamatan anak didiknya yang berulang-alik ke sekolah pada waktu malam dengan berjalan kaki membuatkan kami warga SK Demit 2 memikirkan satu alternatif bagaimana mungkin untuk membantunya.




Dan hari ini, Nik Nur Natasha bt Zulkepli, yang punya potensi untuk cemerlang dalam UPSR telah dianugerahkan dengan sebuah basikal. Basikal ini bertujuan untuk meringankan beban beliau untuk hadir kesekolah pada kelas tambahan malam.



Terima kasih kepada Kedai Sekolah dan J/Kuasa Kebajikan Murid yang berjaya merealisasikan hasrat ini. Dan untuk Nik Nur Natssha, jadikan hadiah ini sebagai pendorong untuk lebih maju di masa akan datang.


Monday, May 9, 2011

Usahasama SKD2 dan IPG KB

Tarikh : 27 April, 2011


Satu rombongan Puteri Islam dari IPG Kota Bharu telah melawat SK Demit 2. Rombongan terdiri dari 3 orang pensyarah GERKO (Gerak Kerja Kokurikulum) dan 25 orang ahli (guru pelatih) telah menjalankan beberapa aktiviti bersama pasukan Puteri Islam SK Demit 2.



Beberapa aktiviti telah dijalankan dan kemuncaknya ialah Pertandingan Menghias Makanan. Warga SKD 2 mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua dan jalan lupa untuk datang lagi.

Tuesday, May 3, 2011

Mandi mandi mandi.....

Tarikh : 24 April, 2011


Sebagaimana tahun2 yang lepas, majlis 'mandi manda' dilakukan sekali lagi. Bukan apa-apa, cuma sebagai isyarat bahawasanya kita mahu berubah. Berubah kepada yang lebih baik..., berubah kepada yang terbaik.

Jangan salah anggap tentang 'upacara' ini. Manusia boleh berubah dengan pelbagai cara. Ada yang perlu dimotivasikan. Ada pula yang mesti dirotanisasikan. Ada juga hanya perlu dicubitasikan. Ada yang berubah bila tiba waktunya. Semuanya supaya kita menjadi lebih baik dari semalam.

Friday, April 8, 2011

Bulan Bahasa Kebangsaan


Bulan April telah diangkat sebagai Bulan Bertema bahasa Kebangsaan. Pelbagai acara dijangka akan diadakan sempena bulan bertema ini dan yang pertama telahpun berlangsung pada hari rabu yang lalu iaitu Program Kuiz Pendidikan Bahasa Melayu.


Tepat jam 1.00 tengahari, Pn Guru Besar telah merasmikan program berkenaan bertempat di Laman Bestari, SK Demit 2.

Tuesday, April 5, 2011

Program Anti Dadah SK Demit 2



3 April, 2011

Program minggu Anti Dadah SK Demit 2 telah bermula pada hari ahad, 3 april, 2011. Menurut setiausaha Minggu anti dadah SK Demit 2, En Mohd Tarmizi b Mat Yaacob, pelbagai program menarik akan diadakan sepanjang minggu ini. Antaranya ialah pertandingan syarahan, pameran dadah, pertandingan mewarna dan melukis poster dan kemuncaknya ialah acara simbolik pembakaran rokok pada hari khamis, 7 april, 2011.

पेर्तान्दिंगन मेलुकिस पोस्टर दान मेवारना सरता स्यरहण सेम्पेना मिन्ग्गु एंटी ददाह 2011

Monday, March 28, 2011

Pertandingan Bola Baling QITPC


Tarikh : 28 Mac, 2011

Meskipun awan kelihatan akan mencurahkan hujan. Meskipun padang tampak berlumpur dek hujan yang kadang2 lebat sejak beberapa hari kebelangan ini, namun pertandingan ini tetap berlangsung dengan hebat sekali.



Pasukan SK Demit 2 (berbaju kuning) turun seawal jam 3.00 petang untuk perlawanan kedua menentang SK Dato' Hashim 2. Keputusannya...... anda pasti dah tahu.



SK Demit 2 rupa-rupanya mengungguli kedua-dua kategori dengan pasukan lelaki dan perempuan menjuarai pertandingan bolabaling kali ini.


Tahniah dan syabas buat semua ahli jawatankuasa pengelola pertandingan yang bertungkus lumus menyediakan padang walau dalam keadaan serba kekurangan.

Wednesday, March 23, 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011 dan hari Kantin


Tarikh : 10 Mac 2011

Khamis, sehari sebelum cuti pertengahan semester 1, Suatu majlis Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung. Buat pertama kalinya majlis kali ini menyaksikan kehadiran ibubapa penjaga yang diluar dugaan. Semua kerusi dipenuhi seawal 8.00 pagi lagi.

Apa yang menjadi kemungkinannya ialah kerana mesyuarat Agung PIBG kali ini diserikan dengan Hari Kantin yang diadakan serentak dengan penjualan kopon 'ala pasaria'.

Ibubapa mungkin teruja untuk hadir kerana masing-masing berbekalkan kopon tersebut. Majlis berlangsung dengan meriah sekali dan berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk Tabung PIBG sekolah.

Syabas diucapkan kepada guru-guru warga SKD2 atas kerjasama dan kejayaan dwi-majlis berkenaan.

Tuesday, March 22, 2011

Fire Drill


Tarikh : 7 Mac 2011

Demi kepentingan murid dan warga SK Demit 2, suatu Latihan Kecemasan Kebakaran telah diadakan di perkarangan SK Demit 2 baru-baru ini.

Latihan kali ini disertai oleh Pasukan Bomba Negeri Kelantan yang sudi untuk memberikan taklimat dan tatacara bagaimana untuk berdepan dengan kebakaran dan kemalangan. Satu demonstrasi telah berlangsung dan guru dan kakitangan sekolah mengambil kesempatan untuk mencuba memadamkan api dengan menggunakan 'fire-estinguisher'.

Murid juga dibenarkan untuk melihat peralatan menyelamat dan bertanyakan soalan kepada ahli bomba yang hadir.

Friday, March 18, 2011

Majlis Pemuafakatan Ibubapa Guru UPSR 2011

Tarikh : 3 Mac 2011

Suatu Majlis Pemuafakatan Ibubapa dan Guru bagi calon UPSR 2011 telah diadakan bertempat di Laman Bestari, SK Demit 2 baru-baru ini. Ramai Ibubapa Penjaga calon UPSR telah hadir memberikan impak bahawa mereka amat prihatin kepada pelajaran anak-anak mereka.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil



Tarikh : 28 Feb 2011

Suatu majlis penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan pada tarikh ini.

Mereka semua telah diiktirafkan sebagai barisan pemimpin kecil yang akan membantu pihak pengurusan sekolah dalam membentuk sahsiah diri dan disiplin murid keseluruhannya.

Majlis penyampaian watikah ini telah desempurnakan oleh En Nik Sazila b Nik Abdullah, Penolong PPD Kota Bharu (Penguruan Kemanusiaan) .

Majlis Perpisahan PK KO

Tarikh : 24 Feb. 2011

Suatu majlis perpisahan Penolong Kanan Ko Kurikulum telah diadakan pada tarikh ini. Beliau iaitu Pn Hjh Wan Nuzam bt Wan Hamad telah bertukar setelah hampir 8 bulan berkhidmat di SK Demit 2. Pertukaran beliau adalah atas permintaan beliau sendiri kerana ingin berkhidmat di sekolah berdekatan dengan rumah beliau.

Terima kasih diucapkan dan Selamat Maju Jaya kerana dengar khabarnya naik pangkat jadi PK HEM pula.


Wednesday, March 9, 2011

Maulidurrasul 1432H


Tarikh 16 Feb 2011 : Sambutan Maulidurrasul 1432 H peringkat Sekolah telah berlangsung dengan meriahnya baru-baru ini dengan perarakan dan acara dewan.
Dengan berpakaian baju melayu dan baju kurung, semua murid dan guru memulakan perarakan seawal jam 8.00 pagi disekitar perumahan Desa Kujid dan berakhir jam 9.00 pagi.
Pelbagai acara diadakan selepas itu termasuk pertandingan nasyid dan syarahan dan majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari untuk semua guru dan murid2.

Friday, February 11, 2011

Fokus Bulan Ini..........

Fokus bulan ini, febuari 2011 ialah Kelas 5 Gemilang. Kelas 5 Gemilang ialah suatu kelas yang berada di aras 3 SK Demit 2 telah dihias baik dan tampak sungguh ceria. Ia memungkinkan suatu suasana yang kondusif hasil sentuhan guru kelas berkenaan iaitu Pn Ros Idayu. Anda boleh melihat sendiri hiasan dalaman kelas 5G ini.

Psssst, dengar khabar, banyak juga wang poket melayang semata-mata untuk merealisasikan kelas kondusif ini. Tapi apa-apa pun, inilah yang dikatakan sanggup berhabis demi sekolah dan murid-murid. Blog SK Demit 2 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga 5 Gemilang.

Thursday, February 10, 2011

Selamat Berjuang......


Inilah Barisan Kita, Yang Ikhlas Berjuang........... Inilah barisan calon2 UPSR SK Demit 2 yang akan mengharungi jeram kepayahan dan kesukaran demi untuk menggalas harapan ayah bonda dan para guru. Perjuangan ini akan disertai oleh barisan guru-guru yang tidak pernah dan tidak mungkin putus asa dalam membimbing dan mendidik mereka.

Seawal januari, mereka telah diberi motivasi luar dan dalam. Penghayatan dan pengorbanan para guru dalam merealisasikan harapan ini akan diterjemahkan dalam aspek kelas serambi, kelas malam, klinik matapelajaran dan yang paling utama memohon keredhaan dari Yang Maha Esa.

Berjuanglah demi sebuah kejayaan dan pastikan gelaran 5A berada dalam tangan.

Monday, February 7, 2011

Motivasi Pagi (Pagi-pagi lagi.....)


Hari Ahad, 6 feb, 2011, jam di dinding menunjukkan waktu 0820hours (pinjam perkataan BI). Calon2 UPSR 2011 telah bersedia di Laman Bestari untuk mendengar sesi ceramah yang akan disampaikan oleh En Shamsi, seorang pakar motivasi yang tak asing lagi bagi SK Demit 2. Kenapa tak asing? Kerana setiap awal tahun (pagi-pagi lagi...) beliau akan memotivasikan calon UPSR SK Demit 2.

Tahniah kerana motivasi awal bakal mencemerlangkan calon 2 UPSR.