Followers

Tuesday, January 20, 2015

Majlis Solat Hajat Perdana dan maulidurRasul 2015

Majlis Solat Hajat Perdana Pasca Banjir dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015 telah diadakan pada hari Selasa, 20 januari 2015 bertempat di Laman Perhimpunan SK Demit 2. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu telah disertai oleh semua warga SKD2.






Monday, January 12, 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100

Majlis Penyampaian Wang Permulaan sekolah sebanyak RM100 telah diadakan pada hari rabu, 14 Januari 2015. Semua murid dari kelas tahun 1 sehingga tahun 6 telah menerima wang sebanyak RM100 seorang sebagai bantuan awal persekolahan dari Kerajaan Malaysia.





Friday, January 2, 2015

Banjir 2014



Banjir besar telah melanda Negeri Kelantan dan tidak terkecuali SK Demit 2 juga. Kerana itu, beberapa penjadualan semula telah dilakukan terutama Pendaftaran Tahun 1 ditetapkan pada 7 Januari, 2014 (Hari Rabu) dan hari permulaan sekolah ialah pada hari Ahad, 11 Januari 2015.

Kedai sekolah akan mengadakan jualan Pra-Akedemik 2015 pada 07 - 08.01.2015 (Rabu dan Khamis). Ibubapa bolehlah datang untuk membeli buku tulis dan kelengkapan sekolah pada hari tersebut bermula jam 9.00 pagi.

Mesyuarat guru kali pertama 2015 akan diadakan pada 6 Januari manakala mesyuarat Kurikulum pada 8 Januari, 2015. Semua guru SK Demit 2 harap maklum.