Followers

Saturday, July 17, 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010




Majlis Mesyuarat Agung PIBG tahun ini adalah majlis yang disifatkan 3 dalam 1. Macam kopi pracampuran. Kenapa? Mungkin kerana kesuntukan masa atau mungkin juga kerana untuk menjimatkan kos. Macam juga perkahwinan ramai-ramai. tapi yang jelasnya ialah sekiranya majlis itu tidak dirancang secara betul maka kita akan menyaksikan kepincangannya.

Namun, alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar dan majlis berakhir dengan sempurna walaupun dif kehormat, Encik Dali Hussin terpaksa bergegas ke majlis satu lagi di Bachok.

Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Yaziz. Diteruskan dengan persembahan oleh pasukan nasyid sekolah diiringi petikan keyboard oleh Cikgu Zeck dan seterusnya persembahan oleh anak-anak cilik dalam sajak Bahasa Cina.

Kumpulan nasyid SK Demit 2 yang telah menyampaikan Nasyid bertajuk Fatamorgana.

Murid -murid tahun 3 sedang mendeklamasi sajak Bahasa Cina yang bermaksud " Guruku".


Majlis penyampaian KWAPM oleh En Dali Hussin kepada keluarga pelajar miskin.

YDP PIBG En Moh Bakery turut menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya mencapai 5A dan 4A dalam UPSR 2009.

Sebahagian dari ibubapa yang hadir.



Mesyuarat Agung bermula dengan pembubaran AJK lama bagi membolehkan pemilihan AJK PIBG yang baru.

Sunday, July 4, 2010

Kad Kebenaran Keluar Kelas



Suatu ketika dahulu, setiap pelajar yang ingin keluar kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diwajibkan memakai kad kebenaran khas untuk keluar kelas. Dan peraturan ini kekal sampai sekarang. Namun, apa yang berlaku ialah peraturan ini "tidak terkuatkuasa" entah kerana apa. Apa yang jelas ialah kad tersebut telah rosak dan ada diantaranya telah hilang.

Mungkin kerana keberkesanan peraturan tersebut sedikit masa lalu, maka Penolong Kanan HEM, Tn Hj Mohd Razi Jusoh mengambil suatu inisiatif untuk mengembalikan penguatkuasaan pemakaian kad kebenaran tersebut bermula pada hari ini, 4 Julai, 2010.

Penolong Kanan 1 menyampaikan kad kebenaran keluar kelas kepada salah seorang ketua darjah untuk kegunaan kelas masing-masing.