Followers

Thursday, February 7, 2013

Maulidur Rasul 2013

Majlis sambutan maulidurrasul tahun 2013 telah berlangsung pada pagi khamis, 7 febuari 2013. Majlis bermula dengan selawat beramai-ramai di dataran perhimpunan dan kemudiannya semua murid dan guru berarak ke sekitar Desa Kujid berhampiran SK Demit 2.

Selepas itu majlis diserikan lagi oleh persembahan nasyid dari murid yang mengambil bahagian.

Ceramah maulidurrasul menyusul selepas waktu rehat dan disudahi dengan majlis makan tengahari yang kali ini diadakan di kantin sekolah.








Saturday, February 2, 2013

Motivasi lagi...

Mungkin kerana kepenatan, seorang bapa kepada calon UPSR telah rebah semasa sesi motivasi berlangsung. Beliau kemudiannya diberikan rawatan kecemasan sebelum ambulan dipanggil dan membawanya ke hospital.

Pengajaran dari peristiwa ini ialah makan dan rehat secukupnya sebelum melibatkan diri dalam aktiviti2 sebegini. Lebih dari itu, anak-anak perlu tahu bahawa seorang bapa atau ibu sanggup  melakukan apa-apa saja demi anak-anak meskipun mereka tahu bahawa mereka tidak cukup rehat dan keletihan. Jadilah anak-anak yang membalas jasa ayah bonda kerana kejayaan dan kebahagian diri dan keluarga bergantung kepadanya.


Friday, February 1, 2013

Motivasi Keibubapaan 2013

Sebentar tadi telah berlangsungnya Majlis Motivasi Keibubapaan 2013 bagi calon2 UPSR 2013. Tajuk Motivasi ialah Ibubapa Cemerlang Anak anak Gemilang. Cerama Motivasi telah direalisasikan oleh En Ghazali b Salleh, Kaunselor SMK Long Ghafar. Kehadiran Ibubapa adalah amat memuaskan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dalam melancarkan majlis motivasi berkenaan.






RM100 sekali lagi.......


Buat kali ke 2, Kerajaan Malaysia menganugerahkan RM100 kepada setiap murid dari tahun 1 hingga tingkatan 5 sebagai bantuan awal persekolahan untuk tahun 2013 setelah mereka menerimanya buat kali pertama pada tahun 2012. Terima kasih kepada Dato/ Sri Najib Tun Razak selaku PM Malaysia kerana anugerah ini...