Followers

Tuesday, April 22, 2014

Pelancaran Minggu Pencegahan Dadah Peringkat SK Demit 2

Tanggal 13 April 2014, Minggu Pencegahan  Dadah peringkat SK Demit 2 telah dilancarkan secara rasmi oleh Penolong Pengarah AADK Negeri Kelantan, YBrs En Shahril b Jusoh. Suatu ceramah telah disampaikan dan seterusnya beliau merasmikan/melancarkan minggu Pencegahan Dadah peringkat SKD2.

Beberapa acara telah diadakan bersempena minggu bertema ini. Antara lainnya ialah Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pertandingan Melukis Poster Tahap 2, Pertandingan Pidato Tahap 2 dan Kuiz Pencegahan Dadah. 





Sunday, April 6, 2014

Pelancaran Program Sekolah Penyayang peringkat SK Demit 2

Ahad, 6 April 2014 menyaksikan satu program yang diberi nama Program Guru Penyayang peringkat sekolah telah dilancarkan. Majlis pelancaran dilakukan sendiri oleh Puan Guru Besar SK Demit 2, Pn Hjh Aishah bt Mohd. Beberapa acara telah berlangsung termasuk nyanyian lagu nasyid, acara memakaikan tali leher secara betul kepada murid, penyampaian hadiah Program Cakna Kelas dan lain-lain lagi.











Mesyuarat PIBG kali ke 9 & Penyampaian KWAPM 2014

Majlis Mesyuarat PIBG kali ke 9 tahun 2014 telah berlangsung pada 5 April 2014 bertempat di Laman Bestari SK Demit 2. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi itu menyaksikan beberapa perubahan telah dilakukan. Mesyuarat PIBG dilaksanakan terlebih dahulu sebelum majlis perasmian pada jam 10.30 pagi. 

Majlis kali ini dirasmikan oleh YBrs Tuan Hj Zaluzi b Hj Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. Beliau juga telah menyampaikan Bantuan KWAPM kepada keluarga yang berkelayakan.

Pada Majlis berkenaan juga pihak Bank Rakyat Kubang Kerian melalui Pengurusnya telah menyampaikan zakat Bank sebanyak RM10,000 untuk diagih-agihkan kepada murid yang layak menerimanya.