Followers

Sunday, April 6, 2014

Mesyuarat PIBG kali ke 9 & Penyampaian KWAPM 2014

Majlis Mesyuarat PIBG kali ke 9 tahun 2014 telah berlangsung pada 5 April 2014 bertempat di Laman Bestari SK Demit 2. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi itu menyaksikan beberapa perubahan telah dilakukan. Mesyuarat PIBG dilaksanakan terlebih dahulu sebelum majlis perasmian pada jam 10.30 pagi. 

Majlis kali ini dirasmikan oleh YBrs Tuan Hj Zaluzi b Hj Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. Beliau juga telah menyampaikan Bantuan KWAPM kepada keluarga yang berkelayakan.

Pada Majlis berkenaan juga pihak Bank Rakyat Kubang Kerian melalui Pengurusnya telah menyampaikan zakat Bank sebanyak RM10,000 untuk diagih-agihkan kepada murid yang layak menerimanya.












No comments:

Post a Comment