Followers

Wednesday, December 21, 2011

Selamat Kembali ke Sekolah



Assalamualaikum

Tahun 2011 akan melabuhkan sauhnya tak berapa lama lagi. Dan tirai 2012 akan mula disingkap demi sebuah kesinambungan perjuangan guru dan murid. Sepanjang 2011, banyak suka dan duka bersilih ganti. Ada yang mengakhirinyanya dengan perasaan yang penuh kesyukuran namun tidak kurang jua yang melewati 2011 dengan perasaan hampa. Tetapi bak kata pepatah arab, Man Jadda Wajadda.... Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.

Tahun 2011 menyaksikan suatu sejarah telah tercipta dengan pencapaian 19 murid berjaya mencapai kejayaan cemerlang 5A dan 10 orang lagi mencapai 4A. Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan. Target sekolah untuk pencapaian 20 orang 5A hampir mencapai sasaran. Dan dengan berbekalkan pencapaian ini, tahun 2012 pasti menjanjikan perjuangan sengit untuk menggapai kejayaan yang lebih gemilang.

Tahun 2012...., kami datang dengan seribu pengharapan. Dan harapan ini bukan sahaja akan tinggal harapan kerana kami warga SKD2 berjanji akan melipatgandakan usaha kearah pencapaian murid yang lebih baik dan terbaik.

Ahlan Wasahlan ya 2012.

Thursday, December 1, 2011

RM100


Tanggal 24 Nov, 2011 telah berlangsung suatu majlis penyerahan wang bantuan permulaan sekolah 2012 RM100 bertempat di Laman Bestari SK Demit 2. Majlis disempurnakan oleh wakil dari pihak UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dan dihadiri oleh 99 % ibubapa penjaga.