Followers

Tuesday, February 3, 2015

Karnival Bola Baling QITPC tahun 2015

Bagai Sireh Pulang ke Ganggang (Mengambil kata ucapan SU Kokurikulum) memandangkan SK Demit 2 kembali menjadi tuanrumah Karnival Bolabaling QIT Pengkalan Chepa pada tahun ini, 2015. Pada hari ini, Rabu 4 februari 2015 akan berlangsung pertandingan antara pasukan lelaki dari 13 buah sekolah QITPC manakala pasukan perempuan akan bertanding esok, iaitu khamis 5 februari 2015.








Majlis Penyampaian KWAPM 2015

Suatu majlis penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, KWAPM tahun 2015 telah berlansung pada hari Selasa, 3 Februari 2015 bertempat di Laman Bestari SK Demit 2 tepat jam 12 tengahari. Majlis yang berlansung sehingga jam 2.00 petang itu pada mulanya akan dirasmikan oleh YBrs Tn Hj Zaluzi Hj Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, tetapi akhirnya diwakili oleh AJK UMNO Bahagian. Seramai 145 murid mendapat wang KWAPM bernilai RM200 pada kali ini.