Followers

Wednesday, December 19, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah

Unit ICT serta Warga SK Demit 2 mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua guru dan murid bagi menghadapi sesi persekolahan 2013 pada hari selasa, 1 Januari 2013. Harapan kami agar anda semua sihat sejahtera dan ceria selalu. Di musim hujan ini, sentiasalah berhati-hati baik di jalanraya mahupun di rumah agar tahun baru 2013 dapat kita sambut dan jadikan ia sebagai titik bermulanya suatu perjuangan ke arah kecemerlangan. 

Tuesday, September 18, 2012

Pasca UPSR


Sekolah Pasca UPSR  adalah di mana calon UPSR akan didedahkan tentang aspek pengurusan diri dan pembawaan peribadi dalam penyediaan mereka kearah sekolah menengah. Dan sudah semestinya nilai-nilai agama akan dititikberatkan. Menjadi suatu kemestiaan bagi guru-guru tahun 6 untuk mengaplikasikan segala kemahiran untuk kebaikan murid-murid.

aktiviti agama di madrasah SK Demit 2

aktiviti di Pusat Sumber Sekolah








Wednesday, February 15, 2012

Maulidur Rasul 1433H






Hari ini telah berlangsung majlis sambutan maulidur Rasul peringkat SK Demit 2. Pelbagai acara telah diadakan bermula dengan selawat beramai-ramai, perarakan sepanduk, acara pentas/dewan dan disudahi dengan jamuan makan nasi tengahari. Seramai lebih 500 warga SK Demit 2 termasuk guru dan murid mengambil bahagian dalam sambutan kali ini.

Wednesday, January 18, 2012

Perjumpaan Ibubapa Calon 5A UPSR tahun 2012


Rabu, 18 Jan 2012.



Suatu majlis perjumpaan antara guru dan ibubapa calon 5A UPSR bagi tahun 2012 telah berlangsung di Bilik Gerakan SK Demit 2 bermula jam 2.30 ptg. Sebahagian besar ibubapa hadir menandakan kerjasama yang erat pasti akan terjalin.



Dalam perjumpaan yang berkenaan, ibubapa dan guru telah mencapai kata sepakat untuk meneruskan kegemilangan tahun keramat 2011 dalam kecemerlangan 5A. Beberapa program yg dirangka mendapat persetujuan ibubapa. Antaranya ialah ;



1. Meneruskan Kelas Serambi waktu petang setiap hari Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis bermula jam 1.30 - 2.30 ptg.




2. Meneruskan Kelas Tambahan Malam setiap Ahad hingga Rabu bermula jam 8.30 - 10.00 mlm.




3. Mengadakan Kelas Tambahan hujung minggu (Sabtu) untuk 2 subjek seminggu iaitu BM dan Sains serta BI dan Maths.





Selain itu, byk lagi program termasuk motivasi ibubapa-murid, teknik menjawab soalan dan klinik subjek akan diadakan dari masa ke semasa.



Demi melihat anak2 didik SK Demit 2 berjaya, kami guru dan ibubapa akan mengembleng tenaga kearah memupuk semangat ingin berjaya dan memperlihatkan sahsiah yang tinggi dikalangan murid kelas target 6 Gemilang.