Followers

Thursday, August 5, 2010

Perjuangan mesti diteruskan........


Hari ini, Khamis 5 Ogos 2010 merupakan hari yang amat mengembirakan bagi adik Wan Nur Areesya bt Wan Mokhtar kerana telah dihadiahkan sebuah basikal oleh warga SK Demit 2. Tujuan diberikan basikal itu adalah bagi memudahkan beliau bersama adiknya berulang alik ke sekolah. Selama ini, beliau dan adiknya bersusah payah untuk ke sekolah yang agak jauh dengan berjalan kaki apatah lagi untuk ke kelas malam.

Langkah murni ini telah digerakkan oleh guru-guru sekolah ini dengan kerjasama dan sumbangan Kedai Sekolah dan Jawatankuasa Kelas Malam UPSR. Semoga dengan pemberian hadiah ini dapat membakar semangat beliau untuk lebih tekun dalam pelajarannya.
Untuk adik Areesya, perjuangan mesti diteruskan............

Wednesday, August 4, 2010

BAJU KORPORAT…….


Segak dengan berpakaian hitam putih, Cikgu Tarmizi dan Cikgu Muhammad Nor menggayakan baju korporat SK Demit 2 yang baru. Dengan jalur oren sebagai penyeri, baju korporat ini menjadi satu lagi lambang kesepaduan warga SKD2. Baju ini disarankan untuk dipakai pada setiap hari rabu bersesuaian dengan hari Ko-kurikulum sekolah. SKD2…… Menjana Generasi Gemilang.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN….




Menjelang UPSR yang akan menjelang , tiba tidak lama lagi, suatu seminar teknik menjawab peperiksaan telah diadakan di Laman Bestari SK Demit 2 hari ini, 4 Ogos, 2010.

Seminar ini dirasakan amat perlu demi memberikan pendedahan kepada calon-calon UPSR yang seramai 79 orang tentang teknik menjawab soalan dan bagaimana untuk memperolehi markah yang optimum.

Semoga dengan pendedahan ini, calon-calon UPSR SK Demit 2 akan berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 21 September nanti.


Calon-calon UPSR SK Demit 2 sedang tekun mendengar penerangan dari Guru Cemerlang Sains yang memberikan ceramah menjawab peperiksaan.

Guru Cemerlang Sains sedang mengendalikan sesi soaljawab.

Barisan guru Bahasa Inggeris yang dedikasi turut sama mendengar taklimat dari Guru Cemerlang B. Inggeris.



Tuesday, August 3, 2010

Latihan Kebakaran.


Tepat jam 9.15 pagi, 3 Ogos, 2010 loceng kecemasan dibunyikan bertalu-talu dan berulang-ulang. Murid dan guru terpinga-pinga. Gejala apakah ini? Apakah yang sedang berlaku? Lantas, guru dengan segera mengarahkan semua murid mengosongkan kelas serta merta. Tinggalkan segalanya di belakang. Nyawa lebih utama jika sememangnya telah berlaku sesuatu kecemasan.

Murid menuruni tangga yang telah diwartakan sebagai tangga kecemasan.

Kesegeraan murid amat dibanggakan.



Guru membilang murid yang berkumpul bagi memastikan tiada yang tercicir.


Murid beratur panjang dan terus bergerak ke kawasan lapang yang sebelum ini telah diwartakan sebagai kawasan selamat untuk berpindah. Segalanya berjalan lancer dan dalam tempoh tidak lebih dari 3 minit, semua murid dan guru telah berada di kawasan selamat.

Alhamdulillah. Program “Fire Drill” telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama penuh guru-guru. Apa yang penting, murid yang tadinya “kaget” dengan suasana yang agak cemas, kini gembira kerana semua telah “terselamat”.
PK HEM sedanag memberi taklimat semasa murid berada di kawasan selamat.


Mungkin lain kali, pihak pentadbir SK Demit 2 boleh mempertimbangkan kehadiran pasukan dan anggota bomba ke SK Demit 2 semasa program supaya nampat lebih “real”.

Guru kelas mundar mandir dalam mencari murid yang yang berpusu-pusu menyelamatkan diri.