Tepat jam 9.15 pagi, 3 Ogos, 2010 loceng kecemasan dibunyikan bertalu-talu dan berulang-ulang. Murid dan guru terpinga-pinga. Gejala apakah ini? Apakah yang sedang berlaku? Lantas, guru dengan segera mengarahkan semua murid mengosongkan kelas serta merta. Tinggalkan segalanya di belakang. Nyawa lebih utama jika sememangnya telah berlaku sesuatu kecemasan.
Murid menuruni tangga yang telah diwartakan sebagai tangga kecemasan.
Kesegeraan murid amat dibanggakan.
Murid beratur panjang dan terus bergerak ke kawasan lapang yang sebelum ini telah diwartakan sebagai kawasan selamat untuk berpindah. Segalanya berjalan lancer dan dalam tempoh tidak lebih dari 3 minit, semua murid dan guru telah berada di kawasan selamat.
Alhamdulillah. Program “Fire Drill” telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama penuh guru-guru. Apa yang penting, murid yang tadinya “kaget” dengan suasana yang agak cemas, kini gembira kerana semua telah “terselamat”.
Mungkin lain kali, pihak pentadbir SK Demit 2 boleh mempertimbangkan kehadiran pasukan dan anggota bomba ke SK Demit 2 semasa program supaya nampat lebih “real”.
Guru kelas mundar mandir dalam mencari murid yang yang berpusu-pusu menyelamatkan diri.
No comments:
Post a Comment