Followers

Thursday, September 2, 2010

Hadiah Raya...



Pada 2 September 2010, bertempat di Laman Bestari SK Demit 2 berlangsunglah suatu majlis pengurniaan hadiah biskut raya kepada 74 murid yang terdiri dari kalangan keluarga miskin dan anak yatim. Majlis ini direalisasikan hasil sumbangan wang guru-guru dan kutipan dari kalangan murid pada minggu yang lalu.

Majlis ini juga merupakan majlis 3 dalam 1 di mana hadiah kecemerlangan murid dalam UBB4 dan sijil-sijil penyertaan termasuk medal bagi murid yang terlibat dalam kejohanan bolasepak bawah 11 tahun juga diberikan.

Untuk Peperiksaan Percubaan UPSR kali ini, seramai 7 murid telah mendapat 5A dan dihadiahkan RM20 dan lencana 5A oleh Kedai Sekolah.


Meskipun perjuangan untuk memperolehi 5A telah mula menampakkan hasil namun apa yang dimusykilkan ialah cuti yang panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri jika tidak dimanfaatkan sebaik mungkin pasti akan mengundang kekecewaan. Oleh itu, harapan kami warga SK Demit 2 agar anda, calon2 UPSR tidak leka dan terus berjuang demi sebuah kejayaan.


Mohd Syafiq Shukri menerima sampul berisi RM20 kerana berjaya memperolehi 5A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR baru-baru ini.

Salah seorang murid menerima sumbangan biskut raya dan air kordial sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari YBrs Tn Hj Mohd Razi Jusoh, PK HEM SKD2.
Wajah-wajah ceria anak2 SKD2 yang bukan sahaja akan bercuti selama seminggu bahkan juga akan menyambut Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment