Followers

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru


Selamat hari guru. Hari yang hanya disambut oleh guru. Guru Pembina Negara Bangsa. Guru itu dan guru ini. Guru yang dedikasi. Guru yang berjasa. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Guru ibarat pelita yang meskipun hangus namun dapat dimanafaatkan oleh segala makhluk. Guru yang entah apa-apa lagi. Relevankah guru itu. Guru yang dikaitkan dengan segala bentuk kebaikan dan kegemilangan.

Cikgu Tg Mazlan dari SK P-------- ada berkata, Guru bagaikan NTV7, kerana 'CERIA SELALU' (walau hati gundah)..., Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana 'MENJADI INSPIRASI HIDUPKU' (walaupun artis lebih disayangi)...., yang pasti guru juga bagaikan TV9 yang 'DEKAT DI HATI' (walaupun sesetengah orang menyampah tgk guru)...,dan yang paling penting.... guru bagaikan PACKAGE ASTRO, kerana 'MACAM-MACAM ADA'.....

Cikgu Din (SMK P---) pula lain ceritanya. Bila murid duduk......., Cikgu berdiri. Bila murid diseligi...., guru pasti kena gari. Murid datang naik BMW 7 series...., cikgu datang naik motor buruk.... road tax pun dah mati. Murid pi blajar sampai phd...., cikgu baru berkira-kira nak ambik degree... Namun begitulah.... di dunia cikgu berbakti, moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi..... tu pun kalau masuk kelas tak henti-henti...

Namun apa pun yang diperkatakan oleh sesiapapun, guru tetap guru. Mengajar tentang tulis baca dan mengira. Tanpa jemu dan tanpa perasaan dengki pada sesiapa. Apa yang guru harapkan ialah secebis doa dan terima kasih atas bebanan yang ditanggung.

Meletakkan guru pada landasan yang betul amat dihargai. Pentadbir perlu jujur dalam mendapatkan hak bagi setiap insan bergelar guru. Hak tersebut melibatkan segalanya yang ada di sekolah. Tekanan yang diberikan oleh pihak atasan kepada Guru Besar tidak semestinya diterjemahkan sebagai suatu ugutan kepada guru.
Guru mendidik tidak mengira ganjaran, tetapi sekiranya ada... perlu diletakkan pada yang hak. Jangan persiakan janji-janji yang diberi. Mengotakannya adalah sesuatu yang mesti.

Memberi penilaian kepada prestasi adalah suatu yang subjektif tapi ingatlah, sekiranya penilaian itu berdasarkan merit...., itu amatlah dituntut. Apa yang perlu diketahui ialah Seorang Pentadbir menilai puluhan guru di bawah untuk prestasi mereka, namun puluhan guru itu menilai seorang pentadbir demi keadilan.

Akhir sekali, Selamat menyambut Hari Guru. Ceria selalu dan Didiklah murid-murid seakan ianya anak kita sendiri.

No comments:

Post a Comment