Followers

Friday, June 4, 2010

Cuti datang lagi


Hari ini bermulalah cuti sekolah selama 2 minggu. Maka sudah tentu banyak perancangan yang dibuat baik oleh ibubapa mahupun guru sekolah. Yang pasti bagi guru tahun 6, minggu ke 2 cuti akan dipenuhi dengan kelas tambahan dan kelas malam tidak terkecuali.

Sebelum cuti, murid2 telah dibekalkan dengan kerja rumah yang bukan sedikit. Menjadi harapan guru agar ibubapa dapat memantau kerja anak-anak mereka agar jangan terlalu leka semasa bercuti.

Sayugia diingatkan bahawa Ujian UBB3 atau Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun, 2010.

Akhir sekali, warga SK Demit 2 ingin mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Kembali ke sekolah pada 20 Jun nanti.

No comments:

Post a Comment