Followers

Tuesday, March 9, 2010

Maulidurrasul 1431H


Hari ini adalah hari yang bersejarah buat SK Demit 2 kerana seekor lembu telah tumbang demi sambutan mauliddur rasul peringkat sekolah yang akan diadakan pada 11 Mac, 2010. Seawal jam 9.30 pagi, ustaz Yaziz dengan dibantu oleh pekerja2 sekolah telah menyembelih seekor lembu hasil pakatan guru-guru dan murid-murid SK Demit 2.

Majlis sambutan sebenar Mauliddurrasul yang akan diadakan keesokkan harinya akan menyaksikan perarakan di sekitar Desa Kujid dan sepanjang jalan Sri Panji. Semua murid akan mengambil bahagian dalam perarakan berkenaan dengan diiringi oleh guru kelas masing-masing.

Murid-murid mengalami pengalaman baru dengan menyaksikan lembu disembelih

Guru dan pekerja sekolah bertungkus lumus melapah kulit lembu


PK 1 tekun menghiris paha lembu


2 comments:

  1. murid-murid pun dpt jgk ke dgg lmbu tuh??
    sorg byr brpe?
    berbaloi :)

    ReplyDelete
  2. Dapat. semua dapat makan. Diaorang derma RM2 je. Tapi tak paksa

    ReplyDelete