Followers

Thursday, November 11, 2010

Keputusan Rasmi UPSR 2010



Pagi tadi, 11 Nov 2010 keputusan UPSR 2010 telah dikeluarkan. Dan calon UPSR SK Demit 2 seramai 8 orang telah memperoleh 5A. Peratus kelulusan pula ialah 81.57%. Berbanding tahun lepas 9orang mendapat 5A bermakna penurunan 1 orang. Meskipun begitu, subjek matematik menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu seramai 32 calon memperoleh A. Bahasa Melayu masih menggungguli pencapaian dengan perolehan A paling banyak, Sains di tempat ke 3 dan akhir sekali Bahasa Inggeris. Pencapaian penuh adalah sebagaimana berikut;

Bahasa Melayu (Pemahaman) : A = 37 orang
Bahasa Melayu (Penulisan) : A = 42 orang
Bahasa Inggeris : A = 12 orang
Matematik : A = 32 orang
Sains : A = 16 orang

Lapan pelajar yang mendapat 5A ialah :

1. Hazrul Naim b Hashim
2. Ammar Yusuf b Moh Bakery
3. Ariff Najmi b Azman
4. Muhamad Akmal Mirza b Mohd Tarmizi
5. Syafiq b Shukri
6. Wan NurAthirah bt Wan Ab Rahim
7. Nurul Alifah bt Mujahid
8. Nurul Huda bt Mohamad

Sementara itu 8 orang pelajar lagi memperoleh 4A 1B.

Lapan pelajar yang memperoleh 5A bergambar kenangan bersama guru-guru tahun 6 SK Demit 2 tahun 2010.

3 comments:

  1. tahniah''!!\
    teruskan kecemerlangan..
    tahniah juga kpd cikgu2 SKD2...

    ReplyDelete
  2. keputusan bahasa inggeris terlalu teruk.

    ReplyDelete
  3. Keputusan B Inggeris agak rendah berbanding subjek lain adalah kerana 2 orang guru B Inggeris telah bersara pada bulan Mac 2010. Proses penggantian guru dirasakan menjadi punca kemerosotan ini. Insyaallah, tahun 2011 ini akan memungkinkan suatu "lompatan saujana" kearah kegemilangan SKD2.

    ReplyDelete