Followers

Tuesday, May 24, 2011

Sukan Tahunan kali ke 6 SK Demit 2

Tarikh : 24.5.2011


Hari ini berlangsung Sukantara sempena Sukan Tahunan yang akan diadakan pada Khamis, 26.5.2011.



Sukantara terdiri dari acara padang termasuk Lompat tinggi, lompat jauh dan Lontar Peluru.




Sempena Sukan Tahunan yang bakal diadakan, seluruh warga SK Demit 2 serta Ibubapa Penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.



Maju Sukan untuk SK Demit 2 dan Negara.

Sunday, May 15, 2011

Selamar Bertukar




Tarikh : 15.5.2011

Guru Besar SK Demit 2 telah diraikan dalam suatu majlis pertukaran yang penuh emosi oleh semua warga SK Demit 2. Pertukaran ini tampak biasa tetapi biasalah..... jika GB disayangi oleh semua, ia seperti tidak adil kepada semua orang.

Namun, ia adalah adat bagi penjawat awam khususnya guru. Bertukar jika diarahkan.

Pn Rosmayati bt Hamat, mula berkhidmat sebagai GB di SK Demit 2 sejak 2004 lagi dan menjadi kesayangan warga SK Demit2. Dengan sikap 'low profile' , beliau berjaya membangunkan SKD2 kearah kecemerlangan baik dari aspek kurikulum mahupun Kokurikulum.

Ramai murid menangis dan tidak kurang pula guru 'meratapi' pertukaran ini. Meskipun begitu, unit ICT dan seluruh warga SKD2 mengucapkan selamat berjaya di tempat baru.

Friday, May 13, 2011

Solivite of Fernleaf.........

Tarikh : 5.5.2011

Kehadiran warga Solivite ke SK Demit 2 berjaya menceriakan murid2. Apa tidaknya, selain dari mendengar ceramah dan menonton video berkenaan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar, mereka juga dihidangkan dengan minuman kultur Solivite perisa kegemaran mereka.


Lebih mengempakkan lagi suasana, badut solivite juga hadir sama.... dan menari bersama-sama murid. Terima kasih dan jangan lupa datang lagi...

Tanggungjawab sosial

Tarikh : 4 Mei, 2011

Walaupun tanpa majlis besar2an ataupun publisiti yang war2, namun bila bercakap tentang tanggungjawab, maka ia mesti dilaksanakan.



Ceritanya, keprihatinan guru yang bimbang tentang keselamatan anak didiknya yang berulang-alik ke sekolah pada waktu malam dengan berjalan kaki membuatkan kami warga SK Demit 2 memikirkan satu alternatif bagaimana mungkin untuk membantunya.




Dan hari ini, Nik Nur Natasha bt Zulkepli, yang punya potensi untuk cemerlang dalam UPSR telah dianugerahkan dengan sebuah basikal. Basikal ini bertujuan untuk meringankan beban beliau untuk hadir kesekolah pada kelas tambahan malam.



Terima kasih kepada Kedai Sekolah dan J/Kuasa Kebajikan Murid yang berjaya merealisasikan hasrat ini. Dan untuk Nik Nur Natssha, jadikan hadiah ini sebagai pendorong untuk lebih maju di masa akan datang.


Monday, May 9, 2011

Usahasama SKD2 dan IPG KB

Tarikh : 27 April, 2011


Satu rombongan Puteri Islam dari IPG Kota Bharu telah melawat SK Demit 2. Rombongan terdiri dari 3 orang pensyarah GERKO (Gerak Kerja Kokurikulum) dan 25 orang ahli (guru pelatih) telah menjalankan beberapa aktiviti bersama pasukan Puteri Islam SK Demit 2.



Beberapa aktiviti telah dijalankan dan kemuncaknya ialah Pertandingan Menghias Makanan. Warga SKD 2 mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua dan jalan lupa untuk datang lagi.

Tuesday, May 3, 2011

Mandi mandi mandi.....

Tarikh : 24 April, 2011


Sebagaimana tahun2 yang lepas, majlis 'mandi manda' dilakukan sekali lagi. Bukan apa-apa, cuma sebagai isyarat bahawasanya kita mahu berubah. Berubah kepada yang lebih baik..., berubah kepada yang terbaik.

Jangan salah anggap tentang 'upacara' ini. Manusia boleh berubah dengan pelbagai cara. Ada yang perlu dimotivasikan. Ada pula yang mesti dirotanisasikan. Ada juga hanya perlu dicubitasikan. Ada yang berubah bila tiba waktunya. Semuanya supaya kita menjadi lebih baik dari semalam.