Followers

Friday, February 11, 2011

Fokus Bulan Ini..........

Fokus bulan ini, febuari 2011 ialah Kelas 5 Gemilang. Kelas 5 Gemilang ialah suatu kelas yang berada di aras 3 SK Demit 2 telah dihias baik dan tampak sungguh ceria. Ia memungkinkan suatu suasana yang kondusif hasil sentuhan guru kelas berkenaan iaitu Pn Ros Idayu. Anda boleh melihat sendiri hiasan dalaman kelas 5G ini.

Psssst, dengar khabar, banyak juga wang poket melayang semata-mata untuk merealisasikan kelas kondusif ini. Tapi apa-apa pun, inilah yang dikatakan sanggup berhabis demi sekolah dan murid-murid. Blog SK Demit 2 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga 5 Gemilang.

Thursday, February 10, 2011

Selamat Berjuang......


Inilah Barisan Kita, Yang Ikhlas Berjuang........... Inilah barisan calon2 UPSR SK Demit 2 yang akan mengharungi jeram kepayahan dan kesukaran demi untuk menggalas harapan ayah bonda dan para guru. Perjuangan ini akan disertai oleh barisan guru-guru yang tidak pernah dan tidak mungkin putus asa dalam membimbing dan mendidik mereka.

Seawal januari, mereka telah diberi motivasi luar dan dalam. Penghayatan dan pengorbanan para guru dalam merealisasikan harapan ini akan diterjemahkan dalam aspek kelas serambi, kelas malam, klinik matapelajaran dan yang paling utama memohon keredhaan dari Yang Maha Esa.

Berjuanglah demi sebuah kejayaan dan pastikan gelaran 5A berada dalam tangan.

Monday, February 7, 2011

Motivasi Pagi (Pagi-pagi lagi.....)


Hari Ahad, 6 feb, 2011, jam di dinding menunjukkan waktu 0820hours (pinjam perkataan BI). Calon2 UPSR 2011 telah bersedia di Laman Bestari untuk mendengar sesi ceramah yang akan disampaikan oleh En Shamsi, seorang pakar motivasi yang tak asing lagi bagi SK Demit 2. Kenapa tak asing? Kerana setiap awal tahun (pagi-pagi lagi...) beliau akan memotivasikan calon UPSR SK Demit 2.

Tahniah kerana motivasi awal bakal mencemerlangkan calon 2 UPSR.